Alam & Sains 09 May, 2022

Tolong kami! Bantu Sulaiman Isham pelihara kucing jalanan! Dibawa pulang, dipelihara dengan baik!

@abdul razak din
Wartawan selama lebih 30 tahun, bekas wartawan Utusan, bekas Penolong Pengarang Ekonomi, bekas Penolong Pengarang Suplemen, bekas Pengarang Prosesan Utusan Malaysia ([email protected])

Share this


Antara kucing-kucing yang diperlihara oleh Sulaiman Isham di rumahnya di Kampung Pulau Kemiri di Sungai Siput.


MEMBELA kucing memang menjadi hobi biasa tetapi apabila menjaga berpuluh-puluh ekor kucing dalam suatu masa ia mungkin suatu pekerjaan yang luar biasa

Ini kerana memelihara 40 ekor kucing dalam suatu masa bukan sahaja suatu kepelikan tetapi ia boleh dianggap seseorang itu mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi terhadap penjagaan haiwan kesayangan ramai itu


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing-kucing


Sulaiman Isham bersama satu daripada 40 ekor kucing yang dipeliharanya.


Begitulah tingginya kasih sayang Sulaiman Isham bersama isterinya yang sanggup membela 40 ekor kucing kesayangan dalam suatu masa. 

"Saya dan isteri menganggap membela kucing ini bukan sahaja sebagai hobi tetapi jika membelanya dengan sebaik mungkin ia boleh dianggap suatu ibadah kepada haiwan tersebut

"Sehinggakan kos penjagaan sehari bagi kucing kucing ini melebihi perbelanjaan keluarganya. 

"Saya yakin jika kita berbuat baik kepada haiwan. Allah akan membalas jasa baik itu," katanya kepada KitaReporters di rumahnya di Kampung Pulau Kemiri di Sungai Siput, Perak.



Sulaiman berkata, beliau bersama isteri mula membela kucing kucing kesayangan sejak 15 tahun yang lalu dan haiwan ini membiak dari semasa kesemasa dalam 15 sangkar khas. 

Katanya, kebanyakan kucing yang dipelihara diambil daripada yang berkeliaran di merata tempat dan dibawa pulang ke rumah untuk dipelihara dengan sebaik mungkin

Menurutnya, beliau amat suka memelihara kucing kucing itu kerana ia memberi satu kepuasan terhadap dirinya. 

Sehingga kini beliau menjadikan rumahnya sebagai  "zoo kucing" untuk memelihara haiwan tersebut di samping memberi makanan tiga kali sehari. 

"Saya mempunyai lebih 40 ekor yang dipelihara di rumah dan usia kucing paling tua berusia lebih lima tahun," katanya. 



Sulaiman berkata, bagi memastikan sentiasa sihat, beliau dan sentiasa membawa kucing berkenaan ke klinik veterinar untuk diberikan rawatan sewajarnya. 

Katanya, kadang-kadang setiap kali membawa haiwan berkenaan memerlukan kos rawatan sehingga RM70 seekor. 

Menurutnya, beliau merancang untuk membesarkan jumlah kucing peliharaannya dan mencantikkan lagi tempat peliharaan kucing tersebut. 

Kepada sesiapa yang ingin membantu dan melihat kucing peliharaan Sulaiman dan isterinya boleh melawatnya di Kampung Pulau Kemiri, Sungai Siput Utara Perak atau boleh menelefonnya melalui nombor 0197852805. - KitaReporters



10
19
0
16
0
You will be interested