Alam & Sains 19 Apr, 2021

Berita Terkini| 500,000 guru akan terima vaksin Fasa 2 PICK! KPM senaraikan nama bagi janji temu

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... kementerian Pendidikan kini sedang menyenaraikan kesemua nama guru untuk janji temu bagi mendapatkan vaksin Covid-19.


KIRA-KIRA 500,000 guru termasuk di sektor swasta bakal menerima vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula Isnin, 19 April 2021. 

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyenaraikan nama guru berkenaan ke dalam sistem vaksinasi bagi mendapatkan janji temu. 

“Setakat ini, seramai 11,902 daripada 54,537 guru yang tersenarai dalam fasa pertama sudah menerima dos pertama vaksin. 

“Selebihnya akan menerima suntikan dalam bulan April 2021 ini,” katanya pada sidang media perkembangan program vaksinasi di Putrajaya, pada Selasa 19 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
3
0
0
0
You will be interested