Alam & Sains 29 Apr, 2021

Berita Terkini| 95 peruncit, pemborong kena tindakan! Johor paling tinggi ingkar harga maksimum

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


SEBANYAK 95 peruncit dan pemborong dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 bermula 21 April 2021 lalu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata, 89 kes melibatkan peruncit sementara enam kes adalah pemborong.

“Kesemua mereka yang dikenakan tindakan melibatkantiada tanda harga iaitu sebanyak 47 kes, tiada tanda harga khas merah jambu (18 kes) dan menjual melebihi harga siling ditetapkan (30).

“Jumlah sitaan adalah sebanyak RM12,736 manakala kompaun dikenakan ialah sebanyak RM13,800,” katanya di Alor Setar pada Khamis, 29 April 2021.

Menurut Shamsul Nizam, negeri Johor, Kelantan dan Terengganu mencatatkan kes paling tinggi.

Keseluruhan jumlah pemeriksaan yang dijalankan selama lapan hari skim ini berlangsung di seluruh negara adalah sebanyak 16,435 di mana 292 adalah pemborong dan 16,143 adalah peruncit.

"Secara keseluruhan kita berpuas hati dengan pematuhan peniaga menerusi skim ini disebabkan aduan yang diterima cuma 11 kes sahaja daripada keseluruhan pemeriksaan di seluruh negara.

"Cuma kita menasihati peniaga agar terus mematuhi skim ini supaya mereka dapat merancang perniagaan di samping pengguna juga turut mendapat harga yang munasabah," katanya. – KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
1
0
0
0
You will be interested