
Terletak di gua besar, di tepi tebing batu.
Sejak dibuka pada Mei 2025, Perpustakaan Mianhua menjadi tular dalam media sosial Cina. Ini kerana perpustakaan Mianhua bukan perpustakaan biasa.
Ia mempunyai tarikan luar biasa bukan sahaja untuk pencinta buku tetapi juga para pengembara atau pelancong yang mencari pemandangan yang menakjubkan. Ia terletak di pinggir tebing yang menjulang tinggi, dikelilingi kehijauan yang subur.
Perpustakaan Mianhua kelihatan seperti sesuatu yang dicipta dengan kecerdasan buatan (AI).
Tetapi sebetulnya ia merupakan tempat sebenar yang boleh dikunjungi sesiapa sahaja selagi mereka boleh melakukan pengembaraan ke sana.


Bahagian luar perpustakaan memberi kesan pertama dengan laluan pejalan kaki dan balkoni kayu yang tergantung pada batu, tetapi mempunyai bahagian dalam yang benar-benar menarik nafas anda.
Perpustakaan Mianhua terletak di dalam sebuah gua besar dengan beribu-ribu buku melapisi dindingnya yang tidak teratur.
Perpustakaan ini terletak di kawasan luar bandar, tetapi walaupun ia menyediakan akses kepada buku untuk masyarakat setempat, ia lebih merupakan tarikan pelancong yang telah menarik pengunjung dari seluruh negara. - KitaReporters

Uniknya Perpustakaan Mianhua mendorong kehadiran pelancong dari dalam negara dan luar.