Alam & Sains 20 Aug, 2022

Alamak! Juruterbang tertidur! Pada ketinggian 37,000 kaki di udara! Terlajak apabila nak mendarat!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MELAKUKAN perjalanan jauh kadangkala sangat memenatkan, kerana memerlukan fokus yang tinggi.

Mungkin situasi tersebut mendorong dua juruterbang Ethiopian Airlines tertidur di dalam kokpit ketika mengendalikan pesawat Ethiopian Airlines 343, Boeing 737-800 dalam perjalanan dari Khartoum, Sudan ke Addis Ababa, Ethiopia (Habsyah), baru-baru ini. 

Keadaan berkenaan menyebabkan pesawat tersebut terlajak apabila tiba masa untuk melakukan pendaratan.

Alamak!


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pesawat dan penerbangan



Memetik laporan NDTV.com kejadian mendebarkan itu yang berlaku 15 Ogos 2022 lalu, dipercayai ketika menghampiri lapangan terbang Addis Ababa di Ethiopia.

Bagaimanapun kedua-dua orang penting pesawat tersebut terbangun sebaik sahaja mendengar deringan dari penggera automatik.

Lagi mendebarkan kedua-dua juruterbang itu dilaporkan tertidur ketika pesawat berada pada ketinggian 37,000 kaki (11,277 meter) menyebabkan pesawat itu terlepas untuk melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Addis Ababa, Bole seperti yang ditetapkan.



Sementara itu memetik laporan The Aviation, menara kawalan trafik pada awal cuba menghubungi anak kapal berkenaan berkali-kali namun tidak berjaya.

Sebaik sahaja pesawat tersebut terbang di atas landasan pada ketinggian 37,000 kaki, sistem autopilot terputus sambungan menyebabkan bunyi penggera yang menyebabkan juruterbang tersedar daripada tidur

Bagaimanapun, semua selamat dan pesawat berkenaan berpatah kembali ke lapangan terbang dalam keadaan selamat kira-kira 25 minit kemudian.

Kejadian juruterbang tertidur ini bukanlah yang pertama kali berlaku kerana pada Mei 2022 lalu, kejadian sama dilaporkan berlaku melibatkan  pesawat ITA Airway dalam penerbangan dari New York ke Rome ketika berada  pada ketinggian 38,000 kaki.

Bagaimanapun semuanya selamat dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan. - KitaReporters


 

 

5
15
0
7
0
You will be interested