Alam Canggih 03 May, 2021

PKPD di 5 kampung di Hulu Besut tamat! Penantian hampir sebulan penduduk 'terkurung' berakhir!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Petugas menghantar bekalan keperluan kepada penduduk yang dikenakan PKPD di Hulu Besut, Terengganu 


PENANTIAN hampir sebulan penduduk lima kampung di kawasan pedalaman Hulu Besut, Terengganu, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk hidup seperti biasa berakhir apabila kerajaan mengumumkan perintah tersebut ditamatkan pada 4 Mei 2021

Penduduk terbabit dari Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru, Kampung Keruak, Kampung Pak Sik dan Rancangan Tanah FELCRA Keruak di mukim Hulu Besut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKPD


PKPD yang dilaksanakan di lima lokaliti tersebut sejak 7 April 2021 berikutan kes penularan pandemik COVID-19 yang memuncak kini ditamatkan mengikut jadual selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan trend kes di kawasan terbabit menurun dan kluster adalah terkawal.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan penamatan PKPD di lokasi tersebut pada 3 Mei 2021 berkata, kes terakhir telah direkodkan pada 20 April 2021 lalu ialah empat kes dan semua kes positif telah dirawat manakala semua kontak rapat telah tamat tempoh pemantauan 14 hari.

Penamatan perintah tersebut disambut baik oleh penduduk yang sebahagian besarnya petani selepas hampir sebulan mereka berada dalam kurungan dan tidak dapat keluar berurusan di bandar Jertih.



Penduduk, Ismail Deraman, 54, berkata beliau gembira dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menamatkan perintah tersebut dan dapatlah penduduk menjalankan aktiviti harian seperi biasa.

Bagaimanapun, katanya penduduk akan tetap berwaspada dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelak kes COVID-19 di kawasan itu kembali semula.

“Sebulan berada dalam PKPD banyak pengalaman dan kenangan dilalui penduduk kerana pertama kali dalam sejarah hidup tidak dapat keluar berurusan di bandar,” katanya.


Abdul Rozak Muhammad


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad mengingatkan penduduk di kawasan terbabit jangan terlampau gembira dengan penamatan perintah tersebut kerana negeri ini masih lagi dalam kawalan PKPP.

“Orang ramai perlu mematuhi setiap arahan pihak berkuasa dan mengamalkan penjarakan sosial selain menjaga kebersihan,” katanya ketika mengulas perkembangan terkini penamatan PKPD di lokaliti tersebut.  

Dalam perkembangan lain, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Besut mengagihkan bekalan makanan dan keperluan harian untuk kali terakhir kepada penduduk yang terkesan dengan perintah tersebut pada Isnin, 3 Mei 2021.  


Tugas terakhir anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA mengagihkan bekalan kepada penduduk pada 3 Mei 2021 sebelum PKPD tamat pada 4 Mei 2021


Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) pada 3 Mei 2021 telah merekodkan pertambahan 15 kes discaj dan 38 kes baharu COVID-19 menjadikan terdapat 427 kes COVID-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4,457 kes. 

Sebanyak 423 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa, manakala empat  kes menerima rawatan di ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan memerlukan alat bantuan pernafasan. - KitaReporters


Petugas memunggah beras untuk diagihkan kepada penduduk dikenakan PKPD di Hulu Besut.

You will be interested

Berita Terkini| Arab Saudi jangka benarkan ibadat haji 1442H! Tapi dengan syarat khas, ketat!

Arab Saudi dijangka benarkan ibadat haji tahun 1442H/2021M tetapi dengan beberapa syarat khas, ketat bagi lindungi jemaah daripada penularan pandemik Covid-19

Berita Terkini| Penggunaan katil ICU di hospital Pulau Pinang capai 100%! Bukan ICU lebih 70%!

Penggunaan katil Covid-19 di wad ICU di Pulau Pinang telah capai 100% manakala bagi bukan ICU melebihi 70%. Catat 1,682 kes Covid-19 pada 2 hingga 8 Mei 2021
News Editor 1 in Alam Canggih 9 hours ago

Berita Terkini| PKP 3.0: Moratarium tak dilaksanakan - BNM! Tapi bank tawar bantuan pembayaran!

Moratarium menyeluruh secara automatik tidak dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan PKPK ketiga (PKP 3.0) ini tapi bank akan terus tawarkan bantuan bayaran balik
News Editor 1 in Alam Canggih 9 hours ago

Polis Terengganu sediakan 150 pasukan, 1,000 petugas! Bagi pantau SJR dan sambutan Aidilfitri!

Polis Terengganu tambah pasukan pemantau kepada 150 berbanding 135 sebelum ini, babitkan 1,000 petugas termasuk polis, tentera, RELA bagi pantau rentas negeri
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Berita Terkini| Kerajaan laksana PKP seluruh negara sekali lagi! PKP 3.0! 12 Mei - 7 Jun 2021!

Kerajaan putuskan untuk laksanakan PKP di seluruh negara sekali lagi mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021 ekoran trend peningkatan kes harian Covid-19 yang bertambah
News Editor 1 in Alam Canggih 1 day ago