Alam & Sains 27 Apr, 2021

Berita Terkini| Larangan rentas negeri kekal! Tiada balik kampung! Kelantan PKP, 5 negeri PKPB!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

RENTAS negeri masih kekal dengan status baharu PKP Bersyarat, Pemulihan dan Diperketatkan bagi negeri-negeri terlibat. - Kredit foto: mstar.com


LARANGAN rentas negeri masih kekal selaras dengan status baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat, Pemulihan dan Diperketatkan bagi negeri-negeri terlibat yang berkuat kuasa mulai 29 April hingga 17 Mei 2021.

Pengumuman itu menjadikan tiada pergerakan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri yang tiba pada Khamis,13 Mei 2021 .

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Aidilfitri masih diperhalusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"SOP bagi sambutan perayaan Aidilfitri akan diumumkan dalam waktu terdekat," katanya dalam sidang media pada Selasa, 27 April 2021.

Dalam pada itu, bagi status baharu PKP, mesyuarat penilaian risiko oleh KKM telah membuat keputusan bahawa Kelantan akan terus kekal dengan status PKP.

Manakala Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Putrajaya, Labuan dan Melaka kekal berada bawah PKP Pemulihan (PKPP) hingga 17 Mei 2021

Sementara itu, lima negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak dikekalkan status PKP Bersyarat (PKPB).

"Oleh kerana zon hijau semakin berkurangan dan zon merah meningkat serta 33 lokaliti sedang dilaksanakan PKP Diperketatkan (PKPD), maka status negeri Sabah bertukar daripada PKP Pemulihan (PKPP) kepada PKPB.

Tegas beliau seperti mana SOP terdahulu, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep 'green travel bubble' (gelombang pengembaraan hijau) menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).

"Pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah dan Sarawak atas keputusan kerajaan negeri," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

ISMAIL Sabri Yaakob menjelaskan SOP bagi Aidilfitiri akan diumumkan dalam waktu terdekat dan masih diperhalusi JAKIM dan KKM.

0
0
5
0
0
You will be interested