PEGAWAI JHEAINS membuat pemeriksaan terhadap seluar dalam yang jual di pasaran yang tertera sepotong ayat suci al-Quran. - Kredit foto: Kosmo
SELUAR dalam lelaki atau ‘boxer’ tertera ayat suci al-Quran dikesan dijual di beberapa pasar raya di Sandakan, Sabah selepas ia tular dalam media sosial baru-baru ini.
Pegawai
Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan, Romzi
Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapati terdapat sepotong ayat dari Surah Al-Hijr tertera pada pakaian itu.
Semakan
mendapati ayat tertera pada seluar dalam itu adalah ayat 98 surah berkenaan
yang membawa maksud: "Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu", serta "jadilah daripada orang-orang yang bersujud".
“Sebaik tiba
di pasar raya berkenaan, pemeriksaan mendapati memang terdapat seluar dalam itu
dijual namun telah disimpan.
“Rampasan
telah kami lakukan dan kita juga dimaklumkan ada antara pakaian dalam
sama turut memaparkan gambar berkaitan agama lain,” katanya yang dipetik oleh Kosmo
pada Sabtu, 1 Mei 2021.
Tegas beliau rampasan telah dilakukan dan kini hanya menunggu arahan seterusnya untuk tindakan lanjut.
Mengulas
lanjut, beliau berkata, tindakan mengeluarkan produk seumpama itu adalah tidak
wajar selain dilihat seperti menghina agama Islam mahupun agama lainnya.
Terdahulu, gambar seluar dalam lelaki yang tertera ayat suci al-Quran menjadi tular dalam laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.
Romzi
berkata, penjual tidak terlibat dalam menghasilkan boxer itu dan pihak
pengeluar syarikat pakaian dalam itu sudah mengeluarkan arahan penarikan seluar
dalam terbabit.
“Seterusnya kami membuat pemantauan ke pasar raya lain dan menemui beberapa buah lagi pasar raya turut menjual seluar dalam itu dan mereka telah menyimpannya.
“Bagaimanapun,
tindakan lanjut akan diambil bagi menangani perkara tersebut,” katanya. - KitaReporter
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
JHEAINS akan terus membuat pemantauan ke beberapa pasar raya lain bagi menanagani perkara tersebut.