Pasukan berpengalaman dalam PUBG Mobile di Malaysia, Yoodoo Gank dilihat ternyata berada di prestasi terbaik dalam persaingan minggu kedua PUBG PMPL MY/SG.
YOODO GANK dilihat begitu garang dalam Super Weekend minggu kedua apabila berjaya makan besar WWCD sebanyak 2 kali dan menjadi pasukan pertama melepasi kutipan 200 mata.
Kredit wtmtoday
Momentum dalam Super Weekdays minggu kedua ternyata memberi impak sangat positif buat skuad Yoodo Gank ini apabila dilihat begitu agresif dalan permainan mereka sepanjang 12 perlawanan.
Kredit wtmtoday
Bukan setakat itu, 2 pemain Yoodo Gank juga berjaya muncul Top Fragger dan pemain terbaik minggu kedua iaitu Hakin Saddar atau Bravo dan Azim Ikromi atau nama permainannya Draxx.
Kedit wtmtoday
Berbaki satu minggu sahaja lagi, perebutan juara liga pasti menjadi semakin menarik apabila beberapa pasukan lain dilihat cuba mengejar pendahulu liga.
Sudah pasti persaingan Super Weekdays akan semakin menarik untuk rebut slot ke Super Weekend sekali gus mencari peluang ke Super Weekend untuk layak ke pusingan akhir. - KitaReporters