Alam Canggih 01 Apr, 2021

Berita Terkini| Gambar Sajat di semua pos sempadan PGA sejak Mac 2021! Elak bolos ke Thailand!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

ACP Mohd Noh Khamis  menjelaskan gamabar usahawan kontroversi itu mula diedar sejak bulan lepas lagi. - Kredit foto: Bernama.


GAMBAR usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau mengaku dirinya sebagai Nur Sajat telah diedarkan di sepanjang pos kawalan keselamatan oleh Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran, Thailand.

Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Mohd Noh Khamis berkata, gambar usahawan kosmetik itu mula diedarkan sejak bulan Mac 2021 lalu, namun sehingga hari ini masih belum menerima sebarang maklumat.

“Kita memang sentiasa lakukan kawalan ketat di sempadan, setakat ini, pintu sempadan memang tidak dibuka kepada orang awam dan hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja dibenarkan melepasi sempadan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Buit Kayu Hitam, kedah pada Khamis 1 April 2021.

Mohd. Noh yang dipetik Sinar Harian berkata, negara paling dekat untuk Sajat keluar ialah Thailand, dan pihaknya akan teruskan pemerhatian.

"Mungkin juga akan berlaku penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa dan kita akan teruskan kawalan ketat di semua pos kawalan," ujarnya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed membuat andaian Sajat telah berada di luar negara selepas menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan pada 23 Februari 2021 lepas. - KitaReporters


1
1
0
2
0
You will be interested

Video| Hukum guna Android box? Berdosa atau tak berdosa? Ini jawapan mufti yang perlu anda tahu!

Kini ramai gunakan Android box (kotak Android) kerana ia lebih jimat berbanding langgan saluran berbayar. Tapi pernahkah terfikir hukum beli, guna Android box?

Video| Beruang peliharaannya patahkan pintu Lamborghini! Pak Arab ini hanya ketawa! Kaya betul!

Menerusi satu video di Instagramnya Hamid yang berada di dalam kereta Lamborghini didatangi beruang cuba memasuki ke dalam keretanya untuk mengambil buah epal
Zul Akmar Jamaludin in Alam Canggih 3 days ago

Yayasan Diraja Sultan Mizan, BSN jalin kerjasama! Micro-i bantu 1K alumni usahawan mikro YDSM!

Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), BSN jalin kerjasama bagi bantu 1,000 orang alumni Usahawan Mikro YDSM (UMY) melalui pembiayaan BSN Micro-i hingga RM5 juta
Mohammad Ishak in Alam Canggih 4 days ago

Madu kelulut! Mula untuk isi masa lapang! Kini Cikgu Roszaidi mampu jana pendapatan tambahan!

Bermula daripada hobi dan isi masa terluang, kini Roszaidi Ramlee dapat hasilkan pendapatan sampingan daripada usahanya ternak lebah kelulut di halaman rumahnya
Rosdi Ismail in Alam Canggih 4 days ago

Musim bah di Terengganu! 3,200 sukarelawan belia, 2,779 petugas pelbagai agensi bersiap siaga!

Bagi menghadapi situasi banjir pelbagai pihak serta agensi berkaitan bertindak mengambil langkah berjaga –jaga memastikan penduduk berada keadaan siap sedia.
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 week ago