Alam & Sains 01 Jul, 2020

Buka pasar ikan segar murah! Tingkat keselamatan perumahan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) dan Persatuan Penduduk Suadamai Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, Selangor terus membela nasib komuniti yang terkesan khusus dari segi perbelanjaan harian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menyekat penularan Covid-19 bermula Mac 2020 lalu. : KitaReporters


Ikan segar dan hasil-hasil laut lain dibawa oleh pemborong dari pengkalan pendaratan ikan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.


Walaupun negara sekarang berada dalam fasa PKP Pemulihan (PKPP) dua organisasi itu tidak lepas tangan bagi menjaga kebajikan keseluruhan penduduk BTHO apabila ada antara mereka yang hilang punca pendapatan selepas diberhentikan kerja. 

Sejak tiga minggu lalu, KRT dan persatuan penduduk berganding bahu mengadakan pasar ikan segar dan hasil laut seperti udang, sotong dan lokan di kawasan tempat letak kereta KRT itu yang menawarkan harga murah daripada pasar basah lain.

Bekalan ikan dan hasil laut itu dibawa terus oleh pemborong dari pengkalan pendaratan ikan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan untuk dijual di pasar itu bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari setiap Sabtu.

Penduduk dapat berbelanja dengan berhemah apabila membeli hasil laut dengan harga murah.


Dengan adanya pasar itu, secara tidak langsung mengalakkan penduduk lebih berhemah berbelanja untuk keluarga di samping memberi pilihan kepada mereka bagi mendapatkan hasil laut yang segar dan murah.

Setiausaha KRT berkenaan, Che Nordin Ismail, berkata sehubungan dengan itu juga KRT sudah memohon permit sementara daripada pihak berkuasa tempatan untuk mendapat kebenaran bagi membolehkan pasar itu beroperasi sekali atau dua kali seminggu berikutan sambutan mengalakkan daripada  penduduk BTHO.

KRT dan Persatuan Penduduk Suadamai kini memperkenalkan Sekatan Pintu Automatik untuk keselamatan komuniti.


Selain itu, KRT dan persatuan penduduk turut meningkat kawalan keselamatan 535 rumah khusus dalam kawasan perumahan Suadamai itu dengan memperkenalkan Automatic Barrier Gate atau Sekatan Pintu Pagar Automatik yang hanya boleh dilalui menggunakan kad akses.

Langkah itu dilaksanakan bagi mengelak berlakunya kejadian jenayah seperti pecah rumah dan pencerobohan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seperti meragut menggunakan motosikal atau menganggu penduduk untuk menyelesaikan sesuatu masalah peribadi.

Penduduk hanya boleh melepasi sekatan pintu automatik itu dengan menggunakan kad akses. 


Menurut Che Nordin, bagaimanapun satu laluan khas dibuka dengan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pihak berkuasa khusus untuk kegunaan sewaktu berlaku kecemasan dan pelawat.

Beliau berkata, langkah yang dibuat oleh KRT dan persatuan penduduk itu adalah bagi menjaga keharmonian dan keselamatan komuniti kerana selepas PKP, banyak kejadian tidak diingini berlaku seperti yang berlaku di kawasan perumahan lain.

“Kami berharap penduduk dalam kawasan ini mematuhi penggunaan akses kad  itu yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Julai 2020 dan membuat bayaran yuran secara online setiap bulan bagi menampung kos penyelenggaraan dan sebagainya,” katanya. - KitaReporters

Che Nordin Ismail (kanan) melihat proses pendaftaran dan agihan kad akses kepada penduduk di dewan KRT.

12
5
0
0
0
You will be interested