Baru 12 tahun! Alyssa Dezek beli Vellfire hasil dari YouTube
@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain
Share this
USIANYA baru 12 tahun, tetapi dalam usia semuda itu penyanyi kecil Aryanna Alyssa Dezek yang memuat naik video lagu ‘cover’ di YouTube sejak berusia 4 tahun kini berjaya membeli kereta idamannya, Toyota Vellfire. Kereta berharga kira-kira RM250,000 itu dibeli hasil daripada siaran YouTube. Dan pada 1 Julai 2020, YouTube Alyssa mencapai 3 juta pelanggan (subscribers). : KitaReporters
Alyssa memperlihatkan kereta Toyota Vellfirenya yang dibeli daripada hasil pendapatan dari YouTubenya. - Kredit foto: Kisah Dunia.com
Paparan dalam Instagramnya Alyssa sudah mempunyai 3 juta pelanggan.
YouTubenya dilancar sejak tahun 2012 iaitu ketika Alyssa berusia 4 tahun.
Alyssa difahamkan selebriti pertama yang menduduki carta paling tinggi dilanggan di YouTube Malaysia.
Alyssa kanak-kanak yang cukup berbakat. Selain menyanyi dia turut mempunyai kebolehan berlakon, bermain alat muzik ukele dan silap mata.
Antara drama yang dilakoninya ialah ‘Lagu Untuk Kami’, ‘Ma dan Pa’, dan ‘Jangan Sembelih Merah’.
Alyssa bersama ayah, ibu dan adiknya.
Kebolehan Alyssa mula mendapat perhatian masyarakat apabila menyertai program 'Ceria All Star’ yang mencungkil bakat golongan kanak-kanak di Astro Ceria pada 2018.
Alyssa mengucap terima kasih kepada ibunya kerana mendaftarkan YouTubenya lapan tahun lalu sehingga mampu menjadi Youtuber berpenghasilan tinggi.
Kandungan YouTubenya kebanyakannya mengandungi nyanyian ‘cover’ lagu-lagu popular. Antaranya lagu ‘Kun Anta’, ‘Tak Tengtuang’ dan sejumlah lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hasil daripada pendapatannya daripada YouTube, Alyssa membeli kereta idamannya jenis Toyota Velfire untuk kemudahan dia dan ahli keluarga.
Alyssa sering menyanyi sambil memetik ukelelenya.
Menurut Alyssa langkahnya membeli kenderaan itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya bagi dijadikan inspirasi untuk golongan kanak-kanak agar menggunakan bakat untuk tujuan kebaikan.
Alyssa bukan sahaja mempunyai peminat di Malaysia, malah turut popular di sejumlah negara di Asia seperti di Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina.
Dia juga berharap bakatnya dapat diperkembang ke seluruh dunia melalui saluran YouTubenya.
Lagu terbaharu Alyssa dalam YouTubenya ialah ‘Lagu Untuk Kamu’ yang mempunyai melodi dan lirik yang menarik.
Instagramnya alyssa_dezek_official mempunyai lebih 705,000 pengikut.
Alyssa yang lahir pada 21 April 2008 adalah pelajar Darjah 6, Sekolah Kebansaan Danau Kota, Kuala Lumpur. - KitaReporters