Alam & Sains 06 Jan, 2022

Lebih 200k dah tandatangani petisyen! Desak hentikan segera aktiviti pembalakan! Anda bila lagi?

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


LEBIH 200,000 individu menandatangani petisyen bagi menggesa kerajaan mengenakan moratorium atau pemberhentian segera terhadap sebarang aktiviti pembalakan, buat masa ini.

Petisyen berkenaan sebelum ini digerakkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka). 

Pautan petisyen ialah https://www.change.org/HentiBalak


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembalakan



Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, jumlah penandatangan itu mengabsahkan tuntutan dan kekhuatiran rakyat terhadap aktiviti pembalakan yang jelas memusnahkan alam serta mengakibatkan lebih banyak bencana kepada negara.Menurutnya, ABIM menegaskan bencana yang berlaku di luar jangka ketika ini berkait rapat dengan situasi perubahan iklim yang berlaku.

“Perubahan iklim menyebabkan berlakunya ketidaktentuan cuaca seperti sekarang dengan keadaan ketidakbolehjangkaan berlakunya sesuatu musim mengikut masa kebiasaan.



“Situasi ini mengakibatkan ketidaktentuan waktu hujan turun dan kadar taburan hujan pada sesuatu masa.

“Ini menjadi penyebab berlaku banjir besar apabila kemudahan yang disediakan bagi membendung limpahan air tidak dapat berfungsi.

“Perubahan iklim yang melanda adalah akibat kerosakan dan kemusnahan alam yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab khususnya menerusi aktiviti pembalakan yang amat berleluasa,” katanya . - KitaReporters


18
9
0
13
0
You will be interested