Alam Canggih 06 Oct, 2020

Sebab COVID-19! 3 sekolah, 1 universiti, 1 tabika kena tutup

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

SELEPAS Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kemunting, dua lagi sekolah di daerah Kuala Nerus, Terengganu diarah tutup sementara berikutan sekolah terbabit dikhuatiri tercemar dengan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negeri ini sejak minggu lalu. Ini menjadikan tiga sekolah dan sebuah universiti di daerah tersebut ditutup sementara. :  KitaReporters

Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu diarah tutup susulan kes COVID-19


Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/search?search=covid-19


Sebelum ini, sebuah Taman Bimbingan kanak-kanak (Tabika) di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Bukit Besi, Dungun juga ditutup bermula 30 September selepas seorang kakitangannya didapati positif pandemik berkenaan. 

Penutupan dua sekolah terbabit berkuat kuasa pada 5 Oktober sehingga 11 Oktober 2020 susulan beberapa murid dikatakan mempunyai kontak rapat dengan seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang disahkan positif CCIVID-19 pada Sabtu, 3 Oktober 2020 lalu. 

Sekolah terbabit ialah SK Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir.

Penutupan sementara sekolah yang terbabit juga dibuat atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) adalah berdasarkan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan,Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, penutupan dua sekolah yang terletak di daerah Kuala Nerus setelah murid dan pelajar di sekolah masing-masing disahkan positif COVID-19.

Katanya, murid dan pelajar yang positif itu merupakan kontak rapat kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah disahkan dijangkiti COVID-19 pada 3 Oktober 2020.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir turut ditutup berikutan penularan COVID-19 di Terengganu


Beliau berkata, semua kontak rapat kanak-kanak dan remaja tersebut juga telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan.

Katanya, sebahagian guru dan murid di SK Kompleks Seberang Takir dan SMK Kompleks Seberang Takir tersebut telah diarahkan Jabatan Kesihatan Terengganu untuk menjalani kuarantin wajib di Institut Pendidikan Guru Dato Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus.

SMK Kompleks Seberang Takir mempunyai seramai 765 pelajar dan 82 guru, manakala SK Kompleks Seberang Takir mempunyai 817 murid dan 63 guru.

Gambar yang tular dalam media sosial mengenai kerja-kerja pembersihan dilakukan pihak berkuasa dI dua sekolah daerah Kuala Nerus, Terengganu

“Sehingga kini, seramai 20 orang termasuk murid sedang dirawat selepas disahkan positif Covid-19 di Terengganu,” katanya.

Pada 5 Oktober 2020, kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diarah tutup selama tiga hari sehingga selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19. - KitaReporters

Memo daripada Guru Besar SK Kompleks Seberang Takir,Kuala Nerus yang tular di media sosial

 

5
5
20
1
3
You will be interested

Video| Ubah motosikal jadi robot! Karya Eri Sudarmono rentas ke China, Jerman! Macam Transformer!

Eri Sudarmono, pelukis menganggur akibat Covid-19, bangkit dengan karya luar biasa. Cipta robot seperti Trasformer sehingga dapat permintaan dari China, Jerman

Varian Omicron: WHO ramal lebih 50% penduduk Eropah dijangkiti! Dos penggalak tak halang sebaran?

WHO anggarkan lebih 50% penduduk Eropah dijangkiti varian Omicron menjelang Mac 2022. Dos penggalak diteruskan kerana Eropah akan jadi tumpuan penyebaran wabak
Kartini Mohd Noor in Alam Canggih 2 days ago

Jom buat duit! Jual minyak masak terpakai, dapat duit tambahan! Jadi biodiesel, lilin, sabun!

Minyak masak yang sudah digunakan boleh dijual balik sekali gus mampu berikan pendapatan sampingan selain sebagai usaha bagi bersama-sama menjaga alam sekitar
Nur Sabrina Samsudin in Alam Canggih 4 days ago

Syukur! Banjir di Pahang pulih sepenuhnya! PPS ditutup! Selepas hampir sebulan dilanda bencana!

Selepas hampir sebulan dilanda banjir dengan menyaksikan ratusan PPS di Pahang dibuka untuk tempatkan mangsa bencana, kini semua PPS itu sudah pun ditutup
Ainal Marhaton Abd Ghani in Alam Canggih 5 days ago

Video| Sijil vaksinasi palsu! Lima tampil buat pengakuan! Berurus niaga dengan doktor swasta!

Penahanan seorang doktor swasta berusia 51 tahun, dari Marang yang didakwa keluarkan sijil vaksinasi palsu sebabkan lima individu terbabit tampil buat pengakuan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 6 days ago