Alam & Sains 07 Oct, 2020

4 tahun ibu meninggal! Terkejut jumpa ibu dalam Google Maps!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đŸ“§: [email protected]

Share this

BERTUAH bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa kerana boleh menatap dan berbual dengan mereka. Namun, bagi yang sudah tiada ibu bapa, hanya gambar dan video sebagai kenangan. Satu kelebihan untuk orang yang hidup pada zaman kini kerana teknologi membolehkan kita mempotret dan merakam video orang tersayang. : KitaReporters

Kelihatan ibu kepada seorang gadis yang sudah meninggal dunia empat tahun lalu di dalam aplikasi Google Maps.


Lagi cerita-cerita berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Tetapi tidak semua orang sempat atau berpeluang untuk berbuat demikian. Yelah, mati tidak kira usia dan masa. Apabila sampai waktunya, kita akan pergi menghadap Ilahi.

Kisah seorang gadis yang ‘bertemu’ dengan arwah ibunya baru-baru ini menjadi tular di Indonesia. Namun, ‘pertemuan’ itu sangat unik kerana masakan orang yang telah meninggal dunia boleh hidup kembali.


Lapor media di sana, Ledia Elan Safitri telah kehilangan ibunya sejak empat tahun lalu. Dek kerana terlalu rindukan arwah ibunya, dia pulang ke kampung halaman pada Julai 2020 lalu.

Selain melepaskan rindu, dia juga mahu membersihkan rumah peninggalan arwah ibunya yang terletak di Desa Ambai, Kabupaten Sitinjau Laut, Kabupaten Kerinci, Jambi itu.


Manakala Ledia pula tinggal di Padang, Sumatera Barat kerana menyambung pelajaran dan bapanya pula bekerja di luar negara sebagai Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

Menariknya, Ledia sempat melihat keadaan rumahnya menggunakan aplikasi Google Maps dan terkejut apabila melihat arwah ibunya yang masih hidup berada dalam aplikasi tersebut.


Kelihatan ibunya dalam keadaan sihat sedang berjalan tidak jauh dari rumahnya. Jantungnya berdegup kencang pertama kali melihat seorang wanita yang sudah berumur memakai tudung kepala dan pakaian serta skirt yang serupa dengan ibunya.



Kemudian Ledia cuba besarkan gambar dan ternyata wanita itu adalah ibunya. Paparan wajah ibunya itu cukup mengubati kerinduannya terhadap wanita yang melahirkannya.

"Saya terkejut dan tersentuh. Saya bersyukur dapat berjumpa dengan ibu saya lagi, walaupun hanya melalui aplikasi Google Maps. Ibu saya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu," kata Ledia kepada wartawan yang menemu bualnya.

Terkejut dan terharu, Ledia memuat naik video dan gambar berkenaan menggunakan aplikasi TikTok sehingga tular. Ramai yang turut terharu dan tersentuh dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu. - KitaReporters

7
1
3
0
0
You will be interested