Alam Canggih 07 Oct, 2020

Si tikus Magawa! Pecah monopoli anjing menang Pingat PDSA!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Mungkin selama ini, kita sering mendengar anugerah pingat-pingat keberanian tertinggi diberikan kepada mereka yang beruniform seperti tentera, polis, pasukan bomba dan penyelamat.  Jarang pula kedengaran, haiwan-haiwan peliharaan manusia seperti anjing, kucing, burung, tikus dan lain-lain diberi anugerah tertinggi atau pingat dalam kehidupan haiwan-haiwan tersebut. : KitaReporters


Dalam konteks Malaysia, langsung tiada seekor haiwan pun yang layak dianugerahkan sebarang pingat jasa dan keberanian mereka. Tetapi di dunia Barat, khususnya masyarakat Britain (Great Britain), mereka mengambil cakna dan pertanggungjawaban terhadap jasa-jasa haiwan peliharaan mereka.

Maka, pada tahun 2001 sebuah badan amal dan kebajikan haiwan iaitu People's Dispensary for Sick Animals (PDSA) telah ditubuhkan di UKIa juga bermatlamatkan menjaga kepentingan kesihatan dan kebajikan haiwan-haiwan peliharaan rakyat UK.

Di samping itu, haiwan-haiwan (peliharaan) yang banyak berjasa kepada komuniti setempat atau negara seperti dalam misi mencari dan menyelamat, mengesan penjenayah, penyeludupan dadah, orang yang hilang dan lain-lain akan diberikan pula anugerah dan pengiktirafan berdasarkan rekod kecemerlangan mereka. 

Upacara pertama penganugerahan pingat emas keberanian tertinggi PDSA sudah bermula sejak tahun 2002 apabila beberapa ekor anjing seperti Bulla, Metpol Delta, Monty dan Endal dinobatkan sebagai pemenangnya.

Endal misalnya, telah diiktiraf rekod kecemerlangannya apabila banyak membantu rutin kehidupan seharian seorang yang kurang upaya iaitu Allen Parton yang juga merupakan tuannya.

Kemudian, anugerah pingat emas PDSA sering kali berlegar dalam kalangan keluarga anjing-anjing yang berjasa  sehinggalah berlakunya satu perubahan apabila pemenangnya bukan lagi seekor anjing pada tahun 2020. 

Magawa telah berjaya memecahkan monopoli keluarga anjing dengan kemenangan berprestij Pingat Emas PDSA 2020 haiwan paling berani dan berjasa.


Di Kemboja, baru-baru ini dikejutkan dengan berita seekor tikus 'gergasi' atau dikenali sebagai 'Magawa' telah dianugerahkan pingat emas keberanian tertinggi  PDSA 2020. 

Magawa kini, menjadi tikus pertama yang menerima pingat  emas PDSA sejak badan amal dan kebajikan haiwan itu diperkenalkan; sebagai penghargaan dan pengiktirafan sumbangan haiwan-haiwan kepada komuniti manusia. 

Magawa yang berusia lima tahun dari Afrika dianggap wira rakyat Kemboja apabila berjaya mengesan 39 buah periuk api dan 28 daripadanya adalah tidak aktif.

Secara langsung ia turut membantu pihak berkuasa (Kemboja) membersihkan kawasan 'periuk api' kesan peninggalan perang Vietnam dan Kemboja (1978 - 1989) yang berluasan 141,000 meter persegi atau hampir 35 ekar (kira-kira 14 hektar). 

Hero tikus atau HeroRAT ini telah dilatih sebagai tikus pengesan daripada sebuah organisasi Belanda iaitu Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti Personel atau APOPO yang berpangkalan di Tanzania.

Pingat Emas PDSA adalah setaraf dengan Pingat Dickin George Cross Britain yang diberikan kepada haiwan tentera (anjing perang) dan juga dianggap setaraf dengan pingat penghormatan tertinggi  kepada orang-orang awam Britain.

Foto tanpa tarikh menunjukkan Magawa dianggap mempunyai 'keistimewaan' dan kepakaran mengesan periuk api sama ada yang masih aktif atau sebaliknya di Siem Reap, Kemboja. - Sumber foto:  APOPO/AAP


Sebenarnya, dalam kehidupan manusia pada hari ini banyak haiwan peliharaan kita dapat membantu mempermudahkan rutin harian atau tugasan kita seperti yang dapat dilihat pada seperti seekor anjing yang sentiasa menjaga kediaman, ladang dan memburu binatang-binatang lain.

Begitu juga peranan seekor kucing boleh menjadi terapi minda dan jiwa serta peneman hidup bagi seseorang.

Walau bagaimanapun, kita perlu diingat supaya tidak menzalimi haiwan-haiwan di atas muka bumi ini. - KitaReporters


Sumber: 

https://en.wikipedia.org/wiki/PDSA_Gold_Medal

https://indianexpress.com/article/explained/magawa-pdsa-gold-medal-6610707/

http://www.myhealth.gov.my/tikus-penyakit-bawaannya-dan-kawalan/

https://youtu.be/HN5pQtTJX44

1
0
0
0
0
You will be interested

Gardenia kongsi petua! Tip penjagaan diri, membentuk tabiat baik! Kehidupan dalam norma baharu!

Penjagaan diri hendaklah dijadikan amalan biasa sebagaimana kita makan atau bernafas. Maka. penjagaan diri untuk kehidupan pascapandemik: Di mana untuk bermula?

News Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Video| Ni baru kayangan! Tandas cantik, bersih, rekaan moden! Stesen minyak Melor KB jadi tular!

Tandas awam di sebuah stesen minyak di Melor dekat Kota Bharu sangat luar biasa kerana ia bersih serta dihias cantik dan moden sesuai dinamakan Tandas Kayangan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 6 days ago

Varian Omicron: WHO ramal lebih 50% penduduk Eropah dijangkiti! Dos penggalak tak halang sebaran?

WHO anggarkan lebih 50% penduduk Eropah dijangkiti varian Omicron menjelang Mac 2022. Dos penggalak diteruskan kerana Eropah akan jadi tumpuan penyebaran wabak
Kartini Mohd Noor in Alam Canggih 6 days ago

Jom buat duit! Jual minyak masak terpakai, dapat duit tambahan! Jadi biodiesel, lilin, sabun!

Minyak masak yang sudah digunakan boleh dijual balik sekali gus mampu berikan pendapatan sampingan selain sebagai usaha bagi bersama-sama menjaga alam sekitar
Nur Sabrina Samsudin in Alam Canggih 1 week ago

Syukur! Banjir di Pahang pulih sepenuhnya! PPS ditutup! Selepas hampir sebulan dilanda bencana!

Selepas hampir sebulan dilanda banjir dengan menyaksikan ratusan PPS di Pahang dibuka untuk tempatkan mangsa bencana, kini semua PPS itu sudah pun ditutup
Ainal Marhaton Abd Ghani in Alam Canggih 1 week ago