Baru-baru ini, heboh diperkatakan dengan terbongkar kisah tangkapan ‘Bos Besar’ atau Ketua Macau Scam Malaysia oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tetapi tahukah anda! pada era tahun 80-an sudah ada aktiviti-aktiviti scammer di Taiping, Perak yang berjaya mengambil deposit orang ramai dengan menggalakkan mereka menyertai skim cepat kaya ‘Pak Man Telo’. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan penipuan:
https://kitareporters.com/search?search=penipuan
Jika Macau Scam dan African Scam memperdayakan mangsa-mangsanya dengan membuat penyamaran sebagai pihak pegawai bank, mahkamah, polis, syarikat penghantar barangan, kekasih dalam talian, pertubuhan kebajikan dan sebagainya.
Tetapi berlainan
pula seorang lelaki yang berperwatakan ‘naif’ dan tidak dikenali ramai
telah berjaya membuat penipuan jutaan ringgit dengan menawarkan skim pelaburan
saham ‘skim cepat kaya’ atau juga disebut Ponzi.
Osman Hamzah,atau
dikenali Pak Man Telo merupakan
pengasas skim cepat kaya pertama di Malaysia.
Pak Man Telo dikatakan menjalankan operasi skim cepat
kaya yang dinamakan Skim Pertama Berhad sejak penghujung tahun 1970-an.
Ketika itu,heboh di
sana-sini cerita orang mendapat ‘pulangan’ modal dan kekayaan berlipat
ganda dalam pelaburan skim berkenaan dengan modal permulaan sebanyak RM350 sesaham.
Semakin banyak kita
menanam modal saham, maka semakin besarlah keuntungannya dan dikatakan
keuntungan atau dividen diberikan adalah sebanyak 10 hingga 12 peratus setiap bulan
dan bukannya tahunan.
Jika itulah pulangannya, siapa yang tidak terpedaya atau melepaskan peluang untuk menjadi cepat kaya berbanding membeli saham Amanah Simpanan Nasional (ASN) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB), walaupun ketika itu dividennya juga tidak menghampakan iaitu 10 peratus setahun dan ditambah pula bonusnya dua peratus.
Kredit foto: iluminasi.com
Bank Negara Malaysia (BNM) berjaya merampas hampir RM2 juta dirumah Pak Man Telo. - Gambar hiasan.
Pada tahun 1989, rumah Osman Hamzah telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atas aduan yang telah dibuat oleh orang ramai dan menemukan wang tunai hampir RM2 juta di rumahnya.
Pelabur-pelabur skim cepat kaya ini kemudiannya bertukar menjadi
marah terhadap Pak Man Telo kerana
gagal membayar dividen yang dijanjikan dan juga telah menyebabkan sekumpulan enam lelaki bertindak ganas dengan
menculik anak lelakinya pada tahun 1991.
Mereka telah menculik dan mengurung anak lelaki Pak Man Telo bernama Abdul Razak di Hotel Tropicana, Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur sejak 28 Februari hingga 5 Mac 1991 bertujuan hendak memaksa Pak Man Telo mengembalikan semula wang
sebanyak RM426,767 yang telah dilaburkan (mereka) dalam skim tersebut.
Ada juga pihak (pelabur) yang mengambil tindakan saman terhadap Pak Man Telo. Seramai 175 orang pelabur telah memulakan tindakan saman mereka terhadapnya pada Mac 1991.
Seterusnya meningkat 284 pelabur pula mengambil tindakan yang sama iaitu menyaman ‘taukeh saham’ itu pada April 1991 dan sehinggalah Pak Man Telon ditangkap serta dihadapkan di mahkamah.
Pada 14 Mac 1990,Pak Man Telo telah dibicarakan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM250,000.
Pak Man Telo kemudian telah dibuang daerah pada 11 April 1991 di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu
Terengganu di bawah Ordinan Darurat.
Dalam tempoh tiga bulan berlalu, dia sekali lagi ditahan pada 17 Julai 1991 dan dituduh dibawah Akta Institusi-institusi Kewangan Dan Bank (Bafia) 1989 kerana masih mengambil deposit
orang awam tanpa lesen kebenaran Bank Negara untuk melakukan perdagangan
kewangan.
Dalam perbicaraannya di mahkamah, Pak Man Telo telah mengakui bersalah dan dia sendiri tidak mengetahui
jumlah sebenar modal (duit) yang telah dikutip oleh syarikatnya Skim Pertama Berhad kerana tiada rekod dan penyata rasmi setiap transaksi sepanjang
mereka beroperasi.
Skim tersebut dipercayai membabitkan hampir 50,000 orang pelabur dengan dana
melebihi RM99 juta.
Pada 2 Mac 1992 Pak Man Telo yang ketika itu berusia 65
tahun sekali lagi telah didapati
bersalah buat kali kedua oleh pihak mahkamah dengan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda sebanyak RM500,000.
Beliau telah menjalani
hukuman penjara di penjara Taiping,Perak selama 2
tahun dan dibebaskan pada 17 November 1992. Kemudian, beliau sekali lagi dibawa
ke Kuala Berang, Terengganu untuk menjalani perintah buang daerah.
Pada 22 Disember 1997,Pak Man Telo yang berusia 70 tahun akhirnya meninggal dunia akibat sakit tua.
Kredit foto: orangperak.com
Kredit infografik Metro
Skim cepat kaya akan sentiasa mencari mangsa-mangsa baharu dengan pelbagai taktik dan muslihat dalam mengejar dan mengumpul kekayaan melalui keperitan orang lain.
Selain daripada skim cepat kaya Pak Man Telo, juga terdapat skim-skim lain seperti Labu Peram (Sekitar 1980-an), Linggam Telo (1990 Lembah Klang), Skim 350 (1980-an Kulim, Kedah), Platinum Lane Sdn Bhd (PLSB - 1991 Kulim Kedah), dan Sri Emas Enterprise.
Namun, sebahagian
kecil rakyat Malaysia masih tidak lagi belajar dan mengambil ikhtibar daripada pengalaman
lepas yang dialami oleh para ‘Jutawan fakir’ ekoran terpengaruh dengan melihat
daripada sudut luaran seseorang yang kelihatan kaya dan berjaya.
Kini, permainan ‘kaki-kaki penipu’ atau scammer semakin berani dan mencabar pihak berkuasa dengan menjalankan aktiviti-aktiviti atau modus operandi (MO) melalui kemajuan teknologi internet,informasi dan telekomunikasi. - Kitareporters
Sumber:
https://www.orangperak.com/pak-man-telo-pelopor-skim-cepat-kaya-dari-taiping.html
https://soscili.my/pak-man-telo-scammer-yang-menipu-lebih-50-ribu-rakyat-malaysia/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Osman_Hamzah