Sekumpulan penyelidik di Belanda membangunkan alat suntikan tanpa jarum bagi meredakan ketakutan kepada jarum suntikan terutama dalam mendapatkan vaksin.
Alat suntikan yang dinamakan ‘bubble gun’ (pistol gelembung) ini menggunakan laser untuk menolak titisan kecil ke lapisan di dalam kulit.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jarum
David Fernandez Rivas. - Kredit foto: reutir.com
Salah seorang penyelidik itu ialah David Fernandez Rivas, dari Universiti Twente dan Institut Teknologi Massachusetts, mencipta kaedah suntikan ini.
Menurutnya, prosesnya pantas dan penerima suntikan tidak akan rasa sakit kerana hujung saraf di dalam kulit tidak akan disentuh.
"Kita melakukan suntikan dengan mempercepat proses titisan cairan kecil yang menembusi lapisan kulit. Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan. Ia dapat menghilang rasa takut.
"Selain itu, kita sering terdedah kepada benda asing disebabkan oleh jarum yang digunakan dan sistem imun tubuh kita berfungsi dengan sangat baik apabila kita menyuntik ke atas lapisan kulit yang dangkal ini," katanya.
Ini berita baik bagi membantu mereka yang menderita masalah tripanofobia ( trypanophobia) atau takut dengan jarum. Hasil kajian menunjukkan satu daripada lima orang mengalami masalah tripanofobia.
Menurut Reuter, suntikan menggunakan pistol gelembung mula diuji cuba mulai bulan November 2021. Dan pistol gelembung dijangka mula diguna kepada masyarakat dalam masa satu hingga tiga tahun. - KitaReporters
Contoh pistol gelembung yang diuji cuba. - Kredit foto: tamilecho.com