Alam & Sains 28 May, 2021

Berita Terkini| 5 negeri semakin genting! Tukar fungsi katil biasa kepada katil Covid-19, ICU!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KADAR penggunaan katil di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di lima buah negeri telah mencecah 100 peratus menyebabkan perkhidmatan kesihatan kini berada pada tahap kritikal.

Lima negeri itu melibatkan Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan Sarawak berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 secara mendadak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya terpaksa menukar fungsi kegunaan katil di wad biasa kepada katil Covid-19 dan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menghadapi pertambahan pesakit Covid-19 yang terus meningkat.

“Sehingga kelmarin (26 Mei 2021) terdapat sebanyak 9,689 katil di hospital dan 25,605 katil di PKRC yang disediakan kementerian khusus bagi menempatkan pesakit Covid-19.

“Buat masa ini, kadar penggunaan katil bagi tujuan berkenaan telah mencecah 75 peratus daripada kapasiti keseluruhannya. Ini meliputi kesemua lebih 140 buah hospital awam di bawah kementerian di samping puluhan PKRC di seluruh negara.

“Bagaimanapun, ada negeri yang sudah menghampiri paras 100 peratus iaitu di Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Selangor ekoran peningkatan mendadak kes itu,” katanya seperti dipetik Kosmo pada Jumaat, 28 Mei 2021.

Dr. Adham memberitahu, KKM telah mendapat kerjasama baik daripada hospital pengajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bersetuju fasiliti mereka digunakan untuk pesakit Covid-19, antaranya ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan terbaharu Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau memberi jaminan pihaknya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi pertambahan pesakit baharu Covid-19 di seluruh negara. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat kerjasama baik daripada hospital pengajar Kementerian Pengajian Tinggi yang bersetuju fasiliti mereka digunakan untuk pesakit Covid-19. -Gambar hiasan

1
0
1
0
0
You will be interested