Alam & Sains 03 Jun, 2021

Berita Terkini| 128,150 syarikat dibenarkan operasi sepanjang PKP 3.0! Libatkan 1.5j pekerja!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


SEBANYAK 128,150 syarikat dengan melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh negara yang berdaftar dengan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 diberikan surat kebenaran operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah itu berdasarkan daripada keseluruhan permohonan 586,308 syarikat di samping melibatkan 10.2 juta pekerja yang berdaftar dengan CIMS.

Jumlah 128,150 syarikat terlibat melibatkan 21.86 peratus itu memperoleh kelulusan kebenaran operasi dengan pematuhan ketat kepada prosedur standard operasi (SOP) baharu.

“Kelulusan ini bukan hanya meliputi sektor pembuatan sahaja kerana ia melibatkan sektor lain daripada 15 kementerian lain,” katanya, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Khamis, 3 Jun 2021.

Kerajaan sebelum ini menyenaraikan 17 senarai perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 3.0 dengan kapasiti tenaga kerja dihadkan kepada 60 peratus.

Sehingga kini, sejumlah 15 kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
2
You will be interested