Alam Canggih 06 Oct, 2021

70,073 atau 50.7% remaja Terengganu sudah terima 1 dos vaksin COVID-19! 2,736 lengkap vaksinasi!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Sebahagian remaja di Terengganu sedang menerima suntikan vaksin COVID-19.


GOLONGAN remaja di Terengganu memberi sambutan menggalakkan terhadap program vaksin COVID-19 apabila negeri itu merekodkan seramai 70,073 atau kira-kira 50.7 peratus sudah menerima dos pertama vaksin berkenaan sehingga 1 Oktober 2021

Berdasarkan tempoh sama, seramai 2,736 orang atau 2 peratus pula direkodkan lengkap dua dos suntikan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, jumlah itu daripada keseluruhan 138,100 remaja berusia di antara 12 hingga 17 tahun di negeri ini.

Katanya, bagi memudahkan proses vaksin tersebut, pihaknya memilih 57 sekolah di seluruh negeri untuk dijadikan  pusat pemberian vaksin (PPV) untuk remaja yang beroperasi sejak 21 September lalu hingga Khamis 7 Oktober 2021. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan remaja

Dr

Dr Kasemani Embong


“Pencapaian itu adalah kejayaan membanggakan terutama bagi rakyat Terengganu sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan pada 15 September 2021,” katanya menerusi Facebook pada Selasa, 5 Oktober 2021.

Beliau berkata, PICK Remaja turut dilaksanakan secara walk-in di klinik kesihatan bagi pelajar berasrama penuh dari negeri dan daerah selain Terengganu, individu yang tidak bersekolah di samping remaja berumur 12 tahun yang sudah mencapai tarikh lahir

Selain itu, katanya, seramai 738,839 atau 91.4 peratus populasi dewasa Terengganu mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 manakala 686,363 atau 84.9 peratus pula telah melengkapkan vaksinasi berkenaan.

“Kepada ibu bapa, pastikan anak-anak yang layak, hadir mendapatkan dos lengkap vaksin COVID-19, katanya lagi. - KitaReporters


Sebahagian remaja sedang menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19

 

10
9
1
17
0
You will be interested

Program Outreach Pekerjaan Terengganu! Tawarkan isi 800 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri!

Warga Terengganu diberi peluang untuk isi 800 kekosongan jawatan menerusi Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu bagi kurangkan pengangguran

Video| Hebatnya! Kereta paling mahal di dunia rupanya dipasang siap di Kepong! Korang tahu tak?

Bufori nama yang jarang didengar berbanding kereta di pasaran kini. Kereta mewah dipasang di Kepong itu dijual RM1.3j dan hanya mampu dimiliki golongan kayangan
Fariza Saidin in Alam Canggih 1 day ago

Video| TikTok kisah Mona Fandey raih 1j tontonan! Dya kumpul 140k pengikut dalam tempoh 3 bulan!

Bermula secara suka-suka, Nur Diyana Mohamad tak menduga dia kini adalah antara TikTokers yang meraih tontonan tinggi serta memiliki jumlah pengikut yang ramai
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Alam Canggih 1 day ago

Hebat ganu boh! 13k petugas barisan hadapan JKNT terima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19!

JKNT sediakan 6 hospital, 20 PPV milik KKM untuk pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada kira-kira 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan jabatan itu
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Terengganu akan bina sungai tiruan! Minimumkan kesan banjir di Kemaman, Chukai dan sekitarnya!

Projek pembuatan sungai tiruan bernilai RM300j bagi minimumkan kesan banjir di daerah Kemaman dan beberapa kampung di Chukai akan dimulakan awal Januari 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 3 days ago