Alam & Sains 20 Sep, 2021

Penggali kubur terkejut! Jumpa tengkorak manusia, harta karun! Cincin, gelang emas ditemukan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

 


CINCIN emas yang berbentuk mahkota seberat 25 gram yang ditemui semasa mengali kubur di Jatibaru Timur, Kecamatan Asakota, Kota Bima pada 15 Spetember 2021. - Kredit foto: iNews


EMPAT penggali kubur di Jatibaru Timur, Kecamatan Asakota, Kota Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB) amat terkejut apabila mereka menemukan tengkorak manusia bersama harta karun berupa cincin emas, cincin perak, gelang emas dan anting yang berada di dalam tanah yang digali sedalam kira-kira dua meter pada 15 September 2021 lalu. 

Barang-barang perhiasan tersebut dipercayai peninggalan kerajaan terdahulu di Kota Bima. Ini kerana bentuk cincin itu seberat 25 gram itu tidak normal dan ia lebih mirip artifak kerajaan yang berbentuk mahkota.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cincin

CINCIN perak yang berbentuk lampu Aladin. - Kredit foto: Tribunnews.com


Sebelum penemuan harta karun yang dipercayai milik kerajaan purba itu, empat penggali kubur terbabit sedang mengali kubur untuk urusan pengebumian seorang warga di desa itu yang meninggal dunia. 

Tiba-tiba salah seorang dari mereka telah mencangkul sesuatu benda yang keras serta berbunyi dan mereka terkejut kerana mereka mendapati barang-barang purba tersebut.



Dipetik daripada laporan portal Tribunnews.com pada 19 September 2021, sebelum menemui barangan itu keempat penggali kubur itu terdengar sesuatu semasa mencangkul di kawasan tanah perkuburan tersebut. 

Awalnya mereka menemui tengkorak manusia sebelum terjumpa cincin dan selepas itu mereka menjumpai gelang yang berada berdekatan dengan tengkorak tersebut.


Kredit foto : Tribunnews.com


MUNAWAR melihat cincin dan gelang yang ditemui oleh penggali kubur.- Kredit foto: Tribunnews.com


Sementara itu, Ketua Unit Bidang Kebudayaan Dinas Pendidikan dan Kebudayaan Kota Bima, Munawar berkata berikutan dengan penemuan harta karun itu telah menjadi kecoh dalam kalangan masyarakat di daerah itu. 

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada para penggali kubur berkenaan, pada mulanya mereka amat terkejut terjumpa tengkorak manusia menyebabkan mereka merasa takut semasa mereka sedang menggali kubur itu. 

``Selepas itu baharulah mereka terjumpa cincin emas, gelang serta barangan lain yang berada di dalam tanah itu.

``Kami juga memberitahu jikalau mereka mahu menjual barangan perhiasan yang ditemukan itu, sebaik-baiknya dijual kepada pemerintah dan jangan jual kepada orang lain,’’ katanya. - KitaReporters


 

GELANG emas. - Kredit foto: Tribunnews.com

16
19
0
9
0
You will be interested