Alam & Sains 17 Jun, 2021

Juni: Anak kucing baru lahir berkepala dua, satu badan! Lengkap ada muka, mata, hidung, mulut!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

JUNI yang dilahirkan dua kepala pada satu badan di Sungailiat, Pangkal Pinang, pulau Bangka Belitung pada 15 Jun 2021. - Kredit foto: Bangkapos  


TULAR dalam media sosial apabila seekor anak kucing yang baru dilahirkan mempunyai dua kepala pada satu badan di Sungailiat, Pangkal Pinang di pulau Bangka Belitung, Sumatera Selatan, Indonesia pada Selasa 15 Jun 2021. 

Anak kucing yang diberi nama Juni kerana dilahirkan pada bulan Jun itu berwarna putih dengan sedikit corak warna coklat dan masing-masing pada kepala kucing itu lengkap mempunyai muka, mata, hidung dan mulut.

Pemilik kucing tersebut, Surati, 71, agak terkejut dengan kelahiran anak kucing yang baru beranak di rumahnya itu mempunyai dua kepala itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing


ANAK kucing yang mempunyai dua muka milik Surati. - Kredit foto: Bangkapos 


Warga emas itu  menyedari ibu kucing itu beranak ketika dia bangun dari tidur pada awal pagi untuk solat subuh.

``Kucing pemeliharaan saya beranak tiga ekor termasuk seekor telah mati manakala seekor lagi mempunyai dua kepala dan saya agak terkejut juga kenapa kucing itu boleh dilahirkan sebegitu.

``Setakat ini anak kucing berkenaan masih sihat tetapi saya lihat pergerakan haiwan itu agak susah sedikit ketika menyusu ibunya,’’ kata Surati kepada Bangkapos, Rabu 16 Jun 2021.


 JUNI bersama ibunya


Bimbangkan anak kucing berwajah dua serta dua mulut itu kelaparan lalu warga emas itu membeli susu tepung untuk diberi minum haiwan berkenaan.

``Saya tidak dapat pasti sama ada Juni boleh hidup begitu lama ataupun sementara tetapi setakat ini Juni masih aktif bergerak dengan ibunya.

``Saya akan bawa Juni jumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan selanjutnya dan harapan saya agar Juni sihat selalu dan membesar dengan sempurna,’’ katanya. - KitaReporters


IBU Juni yang melahirkannya di rumah Surati. - Kredit Foto: Bangkapos

4
1
1
0
0
You will be interested