Alam & Sains 16 Jun, 2021

COVID-19: Bantuan khas bulanan kepada pengayuh beca, pemandu bot penambang! Sehingga Dis 2021!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Pengayuh beca adalah ikon pelancongan bagi Negeri Terengganu


IKON pelancongan Negeri Terengganu, termasuk pengayuh beca dan pemandu bot penambang mendapat berita gembira apabila kerajaan negeri itu mengambil inisiatif membantu mereka yang terjejas dengan penularan pandemik COVID-19.

Golongan terbabit yang turut membantu kerajaan dalam memajukan industri pelancongan negeri akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 bermula Julai 2021.  

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, inisiatif kerajaan negeri itu berikutan kesan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 terhadap golongan terbabit. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan beca

Ariffin Deraman menyampaikan sumbangan kepada seorang pengayuh beca di Kuala Terengganu.


Katanya, sumbangan tersebut akan memberi manfaat kepada 57 pengayuh beca dan 18 pemandu bot yang telah direkodkan.

Katanya, bantuan berjumlah RM15,000 sebulan yang akan dibayar hingga Disember 2021 itu juga bertujuan untuk mengekalkan nostalgia dan nilai warisan pelancongan negeri yang dibawa oleh mereka.

“Fokus sekarang adalah bagi mengenal pasti jumlah sebenar mereka yang beroperasi dalam sektor ini kerana sesetengah kalangan penggiat berumur lebih daripada 80 tahun,” katanya.

Ariffin berkata, beliau turut menyarankan kepada mereka supaya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar nasib mereka terbela sebaiknya.


Ariffin Deraman


Sebelum ini kerajaan Negeri Terengganu turut membantu golongan yang terbabit dalam sektor perikanan, pertanian dan penternakan dengan memberi bantuan “one-off” sebanyak RM500 kepada individu yang dijangkiti COVID-19.

Ariffin turut menyampaikan bantuan RM2,000 dan barangan keperluan harian kepada 10 wakil penarik beca dan persatuan bot penamban di Kuala Terengganu pada Isnin, 14 Jun 2021.

Golongan pengayuh beca dan pemandu bot penambang sebelum ini turut  menerima elaun khas bulanan sebanyak RM300 seorang daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)

Pembayaran elaun khas selama tiga bulan oleh agensi tersebut bertujuan meringankan bebanan mereka yang terkesan susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau total lockdown.  


Bot penambang di Kuala Terengganu antara warisan yang menjadi ikon pelancongan kepada Negeri Terengganu 


"Golongan ini adalah ikon kepada sektor pelancongan di Terengganu dan khidmat mereka perlu dihargai,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengayuh beca roda tiga dan pemandu bot penambang berusia antara 70 tahun dan 85 tahun menghadapi kesukaran mencari rezeki berikutan ketiadaan pelanggan. - KitaReporters


Bot penambang masih menjadi pengangkutan warisan antara Seberang Takir dengan Bandar Raya Kuala Terengganu

 

2
1
0
0
0
You will be interested