JIKA anda pergi ke mana-mana tempat tumpuan orang ramai boleh dikatakan pasti akan ada sampah sarap dan sukar untuk kita melihat kawasan itu bersih. Bila lihat keadaan di luar negara bersih, permandangan cantik, maka kita pun nak jadi macam itu, nak ada tempat seperti itu tapi dalam tak sedar, kita sendiri yang kotorkan dan cacatkan keindahan di negara kita sendiri. : KitaReporters
Hampir tiga bulan masyarakat Malaysia terkurung di dalam rumah kerana wabak COVID-19 dan ia seakan-akan memberi nafas baharu kepada kehidupan alam semula jadi.
Sampah sarap tiada. Kebersihan dan keindahan di satu-satu tempat itu menjadi cantik.
Ya betul, sampai sangat kurang, malah ia menjadi sangat bersih sebab tiada manusia yang datang kotorkan tempat itu.
Andai kata kawasan tumpuan itu boleh berbicara, pasti mereka memilih agar tidak dikunjungi masyarakat mentaliti rendah ini!!
Kredit Twitter Ayie
Lihatlah gambar yang dikongsi oleh Ayie itu. Emmm!!!! Ingatkan mentaliti masyarakat berubah selepas terkurung di rumah.
Tapi sayang, selepas kerajaan izinkan rakyat untuk merentas negeri serta bercuti, keadaan kembali seperti sebelumnya.
Mentaliti kita tetap teruk. Susah nak diubah. Tak semua tempat seperti ini tapi majoriti dia beginilah.
Bagaimana kita hendak ada satu tempat yang bersih seperti luar negara kalau rakyat sendiri tak pandai menghargai keindahan serta menjaga kebersihan di sesuatu kawasan itu.
Buatlah kawasan secantik mana pun, letaklah tong sampah di setiap sudut, jika mentaliti sama seperti buang sampah merata tempat, memang sukar untuk kita mempunyai satu kawasan percutian yang sedap mata memandang hingga rasa damai.
Kepada masyarakat yang ingin bercuti atau bersantai di hujung minggu, tolonglah jaga kebersihan, buanglah sampah di tempat yang betul dan jika tiada tempat untuk membuang, peganglah dahulu sehingga jumpa tong sampah.
Kalau malas tahap dewa, tolong kumpulkan satu tempat sampah itu sekurang-kurangnya akan memudahkan pekerja untuk memungut sampah. - KitaReporters