Alam & Sains 03 Dec, 2021

Yayasan Diraja Sultan Mizan, BSN jalin kerjasama! Micro-i bantu 1K alumni usahawan mikro YDSM!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Jay Khairi bertukar memorandum dengan Mohd Fadzli Yusof


RAJA dan rakyat berpisah tiada.. mungkin ini boleh menggambarkan apabila kesudian Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) menjalinkan kerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membantu meringankan beban rakyat!

Melalui ‘Memorandum Persefahaman’ Program Pembiayaan Usahawan Mikro YDSM-BSN, BSN akan menjadi penyedia pembiayaan BSN Micro-i hingga RM5 juta kepada 1,000 orang alumni Usahawan Mikro YDSM (UMY).

Program pembangunan usahawan tersebut ditubuhkan antara YDSM dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Sultan Mizan


Jay Khairil (kiri) menyerahkan replika cek kepada Mohd Fadzli Yusof sambil disaksikan oleh Sultan Terengganu (tengah). - Kredit gambar BSN


Memorandum persefahaman tersebut ditandatangani Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy Abdullah, dan Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman Abd Rashid.

Manakala  bagi pihak YDSM pula, ia ditandatangani Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM iaitu Datuk Mohd Fadzli Yusof dan Azizulrahim Ahmad Zambri.

Majlis penyerahan memorandum persefahaman yang berlangsung di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur itu turut disaksikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. 

Jay Khairi, berkata, matlamat bank melalui pembiayaan BSN Micro-i hingga RM5 juta ini adalah bagi membuka langkah dan peluang kepada 1,000 alumni YDSM sebagai usahawan di samping meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka.

Selain itu, BSN juga akan memberikan pendedahan dengan menganjurkan sesi latihan dan khidmat nasihat kepada para usahawan secara percuma. 

Perkhidmatan menyeluruh tesebut ditawarkan bagi memastikan setiap daripada mereka bukan sahaja mampu untuk mengembangkan perniagaan tetapi turut mewujudkan kelestarian perniagaan mereka pada masa akan datang. 


Sultan Mizan (kanan) menyaksikan majlis menandatangani memorandum antara BSN dan YDSM


Sejak mula diperkenalkan pada 2007, pembiayaan BSN Micro-i telah berkembang dengan baik apabila telah membiayai lebih 100 ribu pelanggan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM2.9 bilion sehingga Oktober 2021.

Selain itu juga, di bawah pembentangan Bajet 2022, ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), para usahawan mikro juga boleh mendapatkan pembiayaan khas Skim Mikro Kredit melalui Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia - Mikrokredit BSN, Skim Geran Pendigitalan PKS bagi meningkatkan lagi penerapan digital dalam perniagaan. 

"Semoga melalui pembiayaan BSN Micro-i ini, ia dapat membuka langkah dan peluang kepada alumni YDSM sebagai usahawan di samping meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka,” katanya dalam satu kenyataan. - KitaReporters


Sultan Terengganu (tengah) bergambar kenangan dengan pengurusan BSN dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM

18
15
1
6
1
You will be interested