Alam & Sains 29 Jul, 2020

Sikap penting diri! Kaedah kuarantin diri, gelang pink gagal

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

BARU-BARU ini telah viral kes-kes tidak bertanggungjawab berkaitan beberapa pemakai gelang tangan pink (merah jambu) yang makan secara terbuka di kedai-kedai makan awam dan melakukan aktiviti sosial yang lainnya. Ada sesetengahnya terlibat dengan memotong gelang tangan tersebut dan membuangnya kerana takut disyaki sebagai pembawa wabak COVID-19. : KitaReporters

Gelang tangan pink yang dijumpai sudah dipotong di balai ketibaan KLIA


Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/search?search=covid-19


Namun, alhamdulillah peraturan ini sudah disemak semula!!

Mulai 24 Julai 2020 lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan semula proses kuarantin wajib 14 hari bagi semua pihak yang pulang dari luar negara di pusat-pusat kuarantin yang telah dikenal pasti.

Sebenarnya, inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarungkan gelang pink kepada si pemakai adalah bertujuan untuk meneruskan sesi kuarantin individu bagi melandai serta memutuskan rantaian wabak penyakit tersebut.

Sikap penting diri sendiri dan tidak peka ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan komuniti dan negara. Tahu tak, sikap angkuh itu membuka kemungkinan kepada pelaksanaan semula PKP? 

Ini bakal menutup periuk nasi orang lain dengan keangkuhan kita ingkar kepada peraturan kuarantin yang ditetapkan.

Langkah yang perlu diambil adalah simple!!

Kuarantin 14 hari dengan tertib dan rantaian COVID-19 dijamin terputus dengan sendirinya.



Prosedur pemakaian gelang pink oleh kakitangan KKM kepada pesakit yang dikuarantin


Tahu atau tidak, pemakaian gelang tangan pink adalah suatu kaedah 'tagging' untuk menentukan sesuatu prinsip dan masalah agar tidak bercampur-campur.

Perbuatan mengingkarinya adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dicap sebagai pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya.

Orang ramai yang terjumpa pemakai gelang tangan (wristband) yang terkelihatan ke sana ke mari bolehlah melaporkan kepada KKM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sesegera mungkin.


Pemakai gelang pink yang ingkar dan tersebar dalamn media sosial (medsos) 


Untuk maklumat, gelang tangan tersebut dipakaikan oleh pegawai kesihatan yang bertanggungjawab selepas individu pulang dari luar negara di depoh ketibaan setiap pusat penerbangan di dalam negara.

Si pemakai perlu melalui ujian kuarantin selama dua jam di lapangan terbang sebelum disarungkan wristband dan melakukan kuarantin diri di rumah selama tempoh yang diberitahu.

Pada hari ke-13, pemakai perlulah hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk menentukan sama ada kita bebas COVID-19 atau sebaliknya.

Tujuan dan matlamat KKM adalah untuk tidak menghadirkan kluster atau gelombang baru yang memungkinkan pesakit yang disyaki sebagai pembawa positif COVID-19 terbiar di merata-rata kawasan dalam negara.

Pemakai gelang tangan pink harus kuarantin diri selama 14 hari di rumah


Terdahulu, selepas kes makcik gelang tangan pink keluar makan di kedai makan tular, seterusnya KKM telah memuat naik satu kes yang sama, tetapi melibatkan individu yang berbeza membeli KFC di sebuah daerah di Manjung, Perak.

Walau bagaimanapun mangsa tersebut berjaya ditahan dan dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mematuhi arahan kuarantin.

Sikap tangkas PDRM dan KKM membuktikan keseriusan Malaysia mengekang wabak mematikan ini daripada bermaharajalela dengan pesatnya, selagi penawar tidak diketemukan dunia.

Perkara alternatif yang dicanangkan tidak masuk akal ini adalah kebaikan yang difikirkan terbaik untuk warganya yang tidak langsung membebankan atau menyakitkan.

Sikap tangkas KKM dan PDRM dipuji NGO


Apakah dengan memakai gelang pink kita akan terputus pertalian?? Hilang harta??

Hanya sekadar pemantauan kesihatan agar tidak menjadi mangsa yang sudah terbujur kaku!

Fikir-fikirkanlah!!

Bantulah pekerja barisan hadapan (frontliners) yang sentiasa cakna dengan permasalahan kesihatan global yang sedang melanda dan tidak tahu sampai mana akan berkesudahan

Mereka juga manusia seperti kita, mengayuh kudrat demi kesejahteraan bersama, siang dan malam.

Sikap angkuh dan ingkar kita tidak membawa kemegahan yang baik malah dikata setiap masa dan usia.

Saya akur KKM! Tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi! - KitaReporters

5
0
4
1
0
You will be interested