Alam & Sains 27 Mar, 2020

TAHU TAK? TANGLED RAMAL COVID-19 PADA 2010?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Filem termasuk animasi yang dihasilkan boleh berdasarkan kisah benar atau fiksi. Ketika ramai yang tinggal di rumah ketika wabak Covid-19 sedang bermaharajalela dan semakin banyak negara mengadakan sekatan perjalanan, ada yang mengisi masa "berkurung" di rumah dengan menonton video dalam YouTube melalui telefon bimbit, tablet atau laptop. : KitaReporters

Antara poster filem animasi 'Tangled'  pada tahun 2010. Kredit foto Walt Disney


Dan dalam memerhatikan sejumlah filem yang dipapar dalam YouTube,  ada yang sempat menyaksikan filem animasi keluaran Disney pada tahun 2010 berjudul, ‘Tangled’.

Apa yang menarik ialah filem animasi ini dikatakan telah meramalkan wujudnya virus korona, yang kini dikenali sebagai Covid-19.

Filem animasi yang dikeluarkan pada tahun 2010, turut meramalkan situasi ‘lockdown’ (berkurung) seperti yang sedang berlaku di pelbagai negara akibat Covid-19.


Filem animasi ini menceritakan kisah seorang gadis bernama Rapunzel yang terkunci (dikuarantin) di sebuah menara. 

Kisah berlaku di sebuah kerajaan bernama Corona. Rapunzel pula mengamalkan ‘Social Distancing’ (menjarakkan diri) dari Pekan Corona.

Filem animasi ‘Tangled’  mencatatkan kutipan USD$592 juta (kira-kira RM2,368 juta) di seluruh dunia, dan kemudiannya berkembang dalam bentuk siri dan filem 2D seperti ‘Tangled Ever After’ dan ‘Tangled The Series’.

Bagi yang belum menontonnya, boleh layari ‘Tangled full movie’ di YouTube yang kini sudah ditonton melebihi 2.4 juta penonton. 


Sementara itu, penyanyi terkenal, Rihanna, 32, menyumbang USD$5 juta (kira-kira RM20 juta) kepada sejumlah badan-badan sukarela yang bergerak memerangi virus Covid-19 di Amerika Syarikat

Sumbangan tersebut disalur melalui yayasannya, Clara Lionel Foundation (CLF).

Tubuhkan Yayasan Clara Lionel Foundatoin (CLF) pada 2012. - Kredit foto: IG Rihannaals


CLF akan fokus menyalurkan bantuannya kepada kumpulan yang lebih memerlukan seperti anak-anak tidak mampu, orang tidak mempunyai rumah (gelandangan) dan warga emas.

Selain Amerika Syarikat, yayasan itu turut memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan di beberapa negara di Afrika dan di Kepulauan Caribbean.


"Tidak ada yang lebih penting atau utama daripada melindungi dan mempersiapkan komuniti kurang berkemampuan dan paling terkena dengan kesan pandemik ini," kata Executive Director CLF, Justine Lucas, menurut media People.

Sumbangan diberikan kepada sejumlah yayasan dan pertubuhan sosial mahupun kesihatan.

Antaranya ialah Direct Relief, Partners In Health, Feeding America, International Rescue Committee dan Covid-19 Solidarity Response Fund yang beroperasi di bawah World Health Organization (WHO).


Rihanna atau nama penuhnya Robyn Rihanna Fenby dilahirkan di Saint Michel, Barbados pada 20 Februari 1980,  dan pindah ke Amerika Syarikat ketika berusia 16 tahun dan memperkembangkan bakat di negara itu.

Bergiat sejak 2005, Rihanna berjaya menjual 20 juta album dan 60 juta single, serta menjadi antara penyanyi mempunyai hasil penjualan paling tinggi. 

Selain menjadikan dirinya seorang jutawan, Raihanna juga seorang dermawan dan menubuhkan yayasan Clara Lionel Foundation pada  2012. - KitaReporters


2
1
0
0
0
You will be interested