Alam & Sains 08 Dec, 2020

Video| ATM bermasalah? Malunya nampak baki wang dalam bank!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SETIAP kali mengunjungi bank atau keluarkan wang pada mesin juruwang automatik (ATM) mesti kita akan beratur panjang menunggu giliran. Tapi bagaimana jika sepanjang beratur itu kita boleh melihat skrin paparan  yang memaparkan penyata kewangan seseorang, pasti mendebarkan dan juga memalukan. : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan duit:

https://kitareporters.com/search?search=duit


Apa tidaknya, memalukan apabila orang sekeliling mengetahui data kewangan dan jumlah wang dalam simpanan kita ‘kering’ tapi mendebarkan bagi mereka yang mempunyai kewangan yang kukuh.

Yela tak pasal-pasal pencuri pula mengekori kita dari belakang selepas tahu kita memiliki wang yang banyak dalam simpanan. 

Takut kan? 



Tapi di sebuah bandar di Indonesia pelanggan bank terpaksa berdepan masalah itu yang membolehkan individu lain di sekitar boleh melihat secara jelas jumlah kewangan peribadi seseseorang yang berada dalam simpanan bank berkenaan.

Menerusi perkongsian netizen @Menteri Tiktok, sebuah mesin ATM yang terdapat di sebuah bandar di negara itu sangat ‘menakutkan’.

Video yang tular dalam Twitter itu disaksikan lebih 53,000 pengguna dan masing-masing menyifatkan teknologi yang diperkenalkan itu tidak munasabah.

Biasanya skrin paparan hanya boleh dilihat oleh pengguna sahaja, barulah ada privasi tapi beza dengan ‘kaedah’ baru yang diperkenalkan di Bank Central Asia di sebuah bandar di Indonesia.

Lebih mendebarkan skrin paparan bagi ATM itu bukan sahaja dapat dilihat oleh pengguna sahaja tetapi boleh dilihat oleh orang sekitar kerana skrin berkenaan diletakkan di bahagian atas mesin ATM tersebut.

Alamak malunya! 



Namun selepas kes ini menjadi tular, akhirnya Bank Central Asia menerusi Twitter rasminya memohon maaf dengan kecuaian pihaknya dan telah membetulkan system berkenaan.

Malah pihak bank turut menafikan itu adalah ‘teknologi’ baharu yang diperkenal di bank berkenaan sebaliknya menjelaskan kejadian berkenaan merupakan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh kakitangannya.

Nasib baik… jika tidak pasti ramai yang mengelakkan daripada berurusan di ATAM bank berkenaan. - KitaReporters


5
1
0
3
0
You will be interested