Alam Canggih 30 Jan, 2022

Video| Pelik tapi benar! Rezeki nelayan! Ribuan ikan tongkol naik dan terdampar di tepi pantai!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

NELAYAN berpesta menangkap ikan aya yang terdampar di tepi pantai di Taipa Kecamatan Lembo, Konawe Utara, Sulawesi Tenggara. - Kredit foto: Tribunnews.com


REZEKI ikan yang tidak disangkakan menyebabkan berpuluh-puluh nelayan ‘berpesta’ menangkap ikan aya atau tongkol yang terdampar di tepi pantai Taipa Kecamatan Lembo Kabupaten Konawe Utara, Sulawesi Tenggara pada 26 Januari 2022 lalu.

Aksi para nelayan terbabit menangkap ikan aya yang tersadai di pesisiran pantai itu dengan mengggunakan pukat atau tangan diabadikan oleh seorang pengguna Facebook Ariyana Eka Riskia Wati dalam media sosial.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nelayan

REZEKI nelayan yang tidak diduga apabila ribuan ikan aya naik ke darat di Pantai Taipa pada 26 Januari 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com



Video itu dirakam ketika ribuan ekor ikan aya yang terdampar di tepi pantai sebelum ditangkap nelayan berkenaan sehingga mendapat perhatian daripada nelayan lain yang tinggal di pesisir laut itu. 

Fenomena ikan seumpama itu yang tidak berlaku bahawa ikan aya itu datang secara mendadak dari laut tanpa diketahui sebarang sebab.


Kredit foto: Tribunnews.com


Dipetik laporan TribunLampung pada 27 Januari 2022 berkata, namun ada dalam kalangan nelayan berpendapat jika ada ikan naik ke darat kemungkinan ada sesuatu yang akan berlaku.

Sebelum itu, kejadian ikan naik ke tepi pantai telah disedari seorang nelayan yang secara kebetulan melalui kawasan pantai itu kemudian menghebohkan kejadian itu kepada rakan-rakannya.


Kredit foto : Tribunnews.com


Penduduk kampung berpusu-pusu datang ke lokasi pantai berkenaan untuk menangkap ikan yang dianggap rezeki muncul secara tiba-tiba.

‘’Ada yang datang dengan membawa jaring atau peralatan lain untuk menangkap ikan itu,’’ kata nelayan.

Sehingga kini, tidak diketahui secara pasti penyebab ikan aya itu terdampar di pantai tersebut. - KitaReporters


Kredit foto : Tribunnews.com

iki

14
10
2
9
0
You will be interested

Exit: Wujud Tapi Tiada! Terokai alam misteri yang cuba berhubung dengan manusia! Alam multiverse!

Percayakah anda pada teori multiverse iaitu ada banyak alam yang sebenarnya wujud di sekeliling alam yang kita huni. Nak tahu kena baca Exit: Wujud Tapi Tiada

Video| 25 Jun: Hari Pelaut Sedunia 2022! Kerjaya sebagai pelaut dianggap sepi dan tidak dihargai?

Setiap tahun tanggal 25 Jun, golongan pelaut atau seafarer diraikan dengan sambutan Hari Pelaut Sedunia. IMO tetapkan pada 25 Jun 2011 sebagai sambutan pertama
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 day ago

Nak jumpa Mek Suria? Kerangka ikan yu paus? Jom ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan Terengganu!

Gajah bernama Mek Suria, kerangka ikan yu paus sepanjang 18m jadi daya tarikan pengunjung sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

Berita baik untuk usahawan! Alibaba lancar edisi baharu Program Latihan Netpreneur di Malaysia!

Alibaba Global Initiatives (AGI) lancar edisi baharu program Latihan Netpreneur Alibaba di Malaysia dengan sokongan MDEC dan MATRADE pada 12 Julai-16 Ogos 2022
Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Keluarga Malaysia: Terima kasih Mr DIY! Sokong Program Pemerkasaan Komputer MACO! Untuk sekolah!

Mr DIY (M) Berhad telah beri sokongan kepada Program Pemerkasaan Komputer (CEO) MACO dengan baik pulih 110 set komputer untuk makmal komputer di sekolah-sekolah
Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago