Alam & Sains 14 Sep, 2020

Rona kilauan biru! Oppo Reno 4 Pro perkenal Galactic Blue!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

JIKA anda peminat setia jenama telefon pintar Oppo sudah pasti mengetahui, Oppo Reno 4 Pro telah pun dilancarkan secara rasmi sekitar Ogos 2020 lalu dengan harga RM2,399 dengan dua pilihan warna, ‘Silky White’ dan ‘Starry Night’. Kini ada pilihan varian warna ketiga, Galactic Blue yang menampilkan sentuhan lebih segar. - KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan telefon pintar:

https://kitareporters.com/search?search=telefon+pintar


'Galactic Blue' yang baru ini adalah warna yang unik dengan teknik 'reno glow'. Ia memberikan kemasan matte dengan perincian berkilau halus untuk rasa yang lebih bersemangat dan premium.

Dengan pelbagai lapisan campuran biru secara semula jadi di penutup belakang, biru tua memancar dari tengah ke arah atas meliputi rona perak menimbulkan peralihan transisi yang cukup pesona. 

Pengenalan varian rona terbaharu Oppo Reno 4 Pro ini dipertontonkan kepada media pada Jumaat, 11 September 2020 lalu di Dewan Oasis, The Gardens, Kuala Lumpur dengan persembahan fesyen daripada model-model yang terpilih. Turut bersama Ray Wong, Pengurus Produk OPPO.

Foto oleh Megat Firuz.


Dan menariknya,  'Galactic Blue' yang diilhamkan daripada kilauan bintang di galaksi biru ini dikeluarkan dengan kolaborasi bersama pereka bag dan kasut terkenal, Christy Ng serta jenama fesyen ‘streetwear’ popular, Pestle & Mortar Clothing (PMC).

Masih ditawarkan pada harga sama iaitu RM2,399, keistimewaannya edisi terhad eksklusif ini didatangkan bersama kotak  berwarna biru dengan  hadiah istimewa bernilai RM199.

Wow! Apa hadiahnya?

Terdapat dua pilihan iaitu:

* Kotak edisi terhad Christy Ng mengandungi beg silang eksklusif dengan rona biru sentuhan khas pereka terkenal itu sendiri. ATAU 

* Kotak edisi terhad Pestle & Mortar Clothing (PMC) mengandungi sehelai baju t eksklusif edisi terhad khas dengan gabungan warna hitam dan biru.



Jadi jika tidak mahu terlepas, pratempahan sudah pun dibuka sehingga 25 September 2020 ini menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai rasmi Oppo, kedai pengedar Oppo yang sah di mana selepas tarikh itu, anda masih boleh memperolehya melalui jualan dalam talian dalam  platform e-dagang popular iaitu Lazada dan Shopee bermula  26 September 2020.

Jika terlambat takut nanti ‘putih mata’ pula kerana pakej ini tersedia secara eksklusif dalam 300 unit sahaja tau. 

Kira siapa cepat dia dapat lah kan!


Oppo Reno 4 Pro hadir dengan skrin 6.55-inci, dilengkapi kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 720G, memori 8GB RAM dan storan 256GB, menakrifkan semula definisi peranti dalam varian pertengahan harga, membawakan momen 'jelas yang terbaik untuk anda' dengan mod potret AI Warna pertama, mod suar malam, video monokrom dan video gerakan perlahan 960fps AI.

Turut dilengkapi bateri 4,000mah dengan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W dengan perisian ColorOS 7.2.

Memang sesuailah untuk lelaki dan wanita yang mahu kelihatan bergaya dan elegan bagaikan bersinar di galaksi biru gitu!.

Maklumat lanjut layari www.oppo.com.my - KitaReporters

Ray Wong (tiga dari kiri) memperlihatkan Oppo Reno 4 Pro  'Galactic Blue' bersama model-model terlibat.

1
0
0
0
0
You will be interested