Alam & Sains 28 Mar, 2021

#CabaranSumbingBibir! Usaha McDonald's tingkatkan kesedaran mengenai sumbing bibir, lelangit

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


PERSATUAN kebajikan Ronald McDonald House of Charities (RMHC) Malaysia, badan kebajikan pilihan McDonald's Malaysia mengajak rakyat Malaysia membantu meningkatkan kesedaran mengenai sumbing bibir dan lelangit melalui #CabaranSumbingBibir

Cabaran yang bermula pada 20 Mac 2021 lalu merupakan sokongan kepada Program Anugerah Senyuman RMHC Malaysia yang membantu kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit menjalani pembedahan pembetulan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan McDonald's:

https://kitareporters.com/search?search=mcdonald%27s



#CabaranSumbingBibir menggalakkan rakyat Malaysia untuk membuat rakaman video pengalaman mereka minum menggunakan penyedut minuman yang digunting, menyiarkan video itu dalam platform sosial masing-masing dan mengajak (tag) orang lain supaya mereka juga melakukan perkara yang sama. 

Cabaran ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesukaran yang dihadapi kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit, menurut kenyataan media RMHC Malaysia pada 26 Mac 2021. 

Sumbing bibir dan lelangit atau CLP merupakan salah satu kecacatan lahir yang paling kerap terjadi kepada kanak-kanak di Malaysia, di mana 1 daripada 700 bayi yang baru lahir di Malaysia didiagnosis dengan CLP.



"Setiap kanak-kanak sepatutnya melalui zaman kanak-kanak yang penuh memori manis dan di RMHC Malaysia, kami komited untuk memastikan kanak-kanak ini berpeluang menjalani kehidupan yang sihat dan ceria. 

"Melalui #CabaranSumbingBibir, kami ingin orang ramai mengalami kesukaran yang dihadapi bayi CLP. Kami mahu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu ini dan berharap mereka akan turut menyumbang kepada Program Anugerah Senyuman," kata Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia.

"Dana yang dikumpul ini akan disalurkan kepada kanak-kanak yang dilahirkan dengan CLP untuk menjalani pembedahan pembetulan. Semakin mereka membesar, kanak-kanak ini perlu menjalani beberapa tahap pembedahan pembetulan untuk merawat kecacatan lahir ini. Kesemua ini menelan belanja  perubatan yang besar," tambah Azmir dalam kenyataan yang sama. 

Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, Program “Anugerah Senyuman” RMHC Malaysia telah menyalurkan lebih RM5 juta bagi membantu lebih 700 kanak-kanak yang dilahirkan dengan CLP. 

Kanak-kanak ini boleh menjalani pembedahan pembetulan di 7 hospital di seluruh negara yang menjalin usaha sama untuk program ini.



Berikut adalah cara untuk rakyat Malaysia menyertai #CabaranSumbingBibir:

  • Peserta memerlukan penyedut minuman yang diperbuat daripada kertas dan segelas air
  • Dengan cermat gunting 2x di hujung penyedut minuman tapi jangan sampai terputus 
  • Isikan air ke dalam gelas yang jernih (kira-kira 250ml)
  • Minum air dengan penyedut minuman tanpa memegangnya. Anda perlu habiskan segelas air dalam masa 30 saat 
  • Rakam video semasa melakukan cabaran ini dan muat naik ke media sosial anda (pastikan akaun ditetapkan tatapan umum) dan gunakan tanda pagar berikut:
  1. #CleftLipChallenge
  2. #CabaranSumbingBibir 
  3. #GiftofSmile
  4. #AnugerahSenyuman
  5. #RMHCMalaysia

  • Ajak rakan-rakan dan ahli keluarga dengan untuk melakukan cabaran ini dengan tag mereka
  • Setiap orang yang ditag perlu melakukan cabaran ini dalam tempoh 48 jam dan ajak rakan dan ahli keluarga mereka pula.

Saksikan video ini untuk panduan langkah demi langkah cara-cara untuk menyertai  #CabaranSumbingBibir. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested