Alam & Sains 15 Apr, 2021

Berita Terkini| Sandakan pula diletakkan di bawah PKP! Mulai 17 hingga 30 April - Ismail Sabri

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Sandakan, Sabah mulai 17 hingga 30 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, 46 kes baharu Covid-19 direkodkan, dengan keseluruhannya 6,806 kes dilaporkan di Sandakan pada Khamis, 15 April 2021.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan 78 kes juga direkodkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKP ini antara lain untuk memastikan kadar jangkitan terkawal dan tidak menular dengan pantas ke kawasan-kawasan lain dalam daerah mahupun ke daerah lain,” kata Ismail sabri dalam satu kenyataan media pada Khamis, 15 April 2021. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
3
0
0
0
You will be interested