Alam & Sains 05 Apr, 2021

40 rakan sepakat buka pasar raya Keizai di Jitra! Bagi tambah pendapatan dan bantu penduduk!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Mohd Fuad Azrol Ahmad Shukri (kiri sekali) bersama rakan kongsi melihat produk hasil Industri Kecil dan Sederhana (IKS).


SERAMAI 40 rakan bersepakat membuka pasar raya Keizai di Jitra, Kedah bagi menambah pendapatan dan membantu penduduk di daerah ini.

Pengurus Besarnya Mohd Fuad Azrol Ahmad Shukri yang berasal dari Kulim, Kedah ketika ditemui berkata, Keizai yang bermaksud ekonomi dalam bahasa Jepun ini bertetapan dengan keadaan ekonomi sekarang akibat pandemik koronavirus COVID-19 yang melanda dunia dan Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Jitra

Sebahagian daripada 40 rakan kongsi bumiputera yang hadir pada hari pembukaan pasar raya Keizai itu.


Pengurus Besar Mohd Fuad Azrol Ahmad Shukri.


"Kelesuan ekonomi dunia mahupun negara dirasai semua pihak sama ada usahawan, pekerja atau pun golongan pengguna," sambung Mohd Fuad Azrol.

Oleh itu, kesepakatan diambil untuk membuka perniagaan di kawasan kepadapatan penduduk yang bukan sahaja dapat membeli barangan yang dijual, malah membantu penduduk untuk berbelanja dengan berhemah termasuk menawarkan peluang pekerjaan.


Penduduk sekitar Kubang Pasu mendapatkan barangan di pasar raya itu.


Katanya, lebih 10,000 barangan terpilih antaranya barangan kering, basah, permainan, keperluan dapur, makanan, minuman dan sebagainya yang berharga dari RM2.10 hingga RM10.10 dijual.

Dalam pada itu, bagi membantu mereka yang memerlukan pekerjaan pihak pengurusan Keizei mengutamakan penduduk sekitar untuk mengisi jawatan kosong di pasar raya berkenaan.


Rakan kongsi Mohd Sharafuddin Omar.


Bagi Mohd Sharafuddin Omar pula, persetujuan untuk membuka perniagaan di Jitra ini dibuat hasil perbincangan dan persetujuan secara bersama walaupun kesemua 40 rakan kongsi ini menetap di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kesan akibat COVID-19 membimbangkan saya dan rakan-rakan untuk membuka perniagaan kerana rata-rata daripada pemantauan kami, banyak kedai yang ditutup tetapi kami memberanikan diri apabila kerajaan mula memberi kelonggaran untuk merancakkan semula sektor ekonomi," katanya lagi.


Pemakaian pelitup muka diwajibkan kepada semua pelanggan sebelum masuk.


Rakan kongsi... Siti Hajar Fadhlon Muhammad Taib.


Dalam pada itu, seorang lagi rakan kongsi, Siti Hajar Fadhlon Muhammad Taib yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam perniagaan yakin pasar raya yang menawarkan harga yang berpatutan ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada penduduk akibat COVID-19 malah memberi peluang kepada penguasaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memasarkan produk mereka di pasar raya Keizai .

Sementara itu lebih 10,000 penduduk negeri ini membanjiri pasar raya yang dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Beberapa pengunjung bertuah juga menerima hadiah sempena pembukaan pasar raya itu. - KitaReporters


Antara pengunjung bertuah yang menerima hadiah daripada pihak pengurusan.

320
57
12
8
12
You will be interested