Alam & Sains 23 Jan, 2021

Hutan Simpanan Kekal dah tak kekal, tak selamat! Masa depan hutan kita kian kelam, nak hilang

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this


Pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992, Malaysia menyatakan komitmennya untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan.

Menurut Laporan Tahunan 2019, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) ketika ini terdapat 43.4 peratus atau 5.73 juta hektar daripada keseluruhan 13.21 juta hektar tanah diwartakan sebagai kawasan berhutan di negara ini. Berdasarkan statistik ini jelas menunjukkan keluasan hutan negara belum lagi mencapai kepada tahap sebenarnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hutan:

https://kitareporters.com/tag/hutan


Kredit foto: FB Pertubuhan Perlindungan Khazanah Malaysia


Seluas 4.81 juta hektar atau 37 peratus telah diklasifikasikan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. 

Sejak kebelakangan ini, Malaysia kini diancam pula pencerobohan dan kemusnahan hutan secara berleluasa dan tidak terkawal oleh mereka yang bergelar 'Penjenayah Alam Sekitar'.

Khazanah alam mula dirobek apabila segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan aktiviti-aktiviti penerokaan haram seperti pembalakan tanpa lesenpertanian haram (kebun durian Raub dan tanaman sayuran Cameron Highlands), perlombongan, industri kuari, penempatan baharu (membina kediaman persendirian atau penempatan haram) dan lain-lain.

Selanjutnya kawasan berbukit-bukau pula terus digondol dan dimusnahkan bagi merancakkan industri pembinaan dengan membuka lebih banyak kuari oleh golongan kapitalis tanpa menghiraukan kesan buruk  bakal menimpa kepada manusia dan alam semula jadi kemudian hari.



Umum mengetahui bahawa kawasan berhutan pasti terdapat banyak kawasan-kawasan pembalakan,perkampungan orang asli,tadahan air,habitat hidupan haiwan liar,spesis tumbuhan flora dan fauna dan sebagainya.

Apa yang membimbangkan ialah aktiviti-aktiviti  komersial dan perniagaan berteraskan keuntungan semata-mata oleh pihak-pihak tertentu dengan mengaut hasil bumi secara berlebihan dan tidak terkawal sehingga menjejaskan kelestarian alam semula jadi.

Insiden terbaharu kerosakan alam sekitar berlaku kawasan rekreasi dan pelancongan air terjun Tanjung Batu Waterfall yang terletak sebahagian kompartmen 16 di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang, Pantai Remis di daerah Manjung, Perak.

Apa sudah jadi?


Tidakkah pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Pejabat Tanah dan Daerah dan lain-lain akan dipersoalkan kelak?

Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Ismady Radzuan baru-baru ini berasa terkejut dan sedih melihat kegiatan penebangan pokok-pokok tanpa kawalan berserak di kawasan  air terjun berkenaan.


 

Sumber: Laporan Tahunan 2019Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) 


Keratan akhbar-akhbar melaporkan kegiatan pencerobohan hutan simpan kekal di negara ini.


KUASA mendakwa sebanyak 60 peratus HSK tidak dilindungi kerana tujuan pembalakan.


Saban tahun, HSK terus diceroboh oleh penjenayah-penjenayah yang berani dengan memasuki hutan tanpa menghiraukan undang-undang negara sama ada bertujuan melakukan pembalakan haram, pemburuan haiwan liar, perlombongan (emas) dan lain-lain. 

Sebagai contoh, terdapat peningkatan terhadap kes pembalakan haram di Semenanjung direkodkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada tahun 2019 iaitu sebanyak 84 kes berbanding 12 kes pada tahun 2015.

Manakala, di Sabah pula sebanyak 37 kes pembalakan haram telah direkodkan dan diambil tindakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah pada tahun 2019 berbanding 25 kes pada tahun 2015. (Petikan Sidang Dewan Negara 8 September 2020) 

Pada November 2020,Pahang mencatatkan 82 kes kecurian  balak dan kayu bergergaji dari Januari hingga Ogos 2020 dan dianggap antara yang tertinggi di Malaysia.

Sampai bilakah kegiatan pencerobohan hutan negara akan berakhir? Jayakah kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 bagi melaksanakan agenda penghijauan Malaysia? - KitaReporters



Kredit foto: FB Pertubuhan Perlindungan Khazanah Malaysia


Sumber:

https://twitter.com/aktivis_alam?

https://www.forestry.gov.my/my/pusat-sumber/2016-06-07-03-12-29

https://www.sinarharian.com.my/article/119456/EDISI/Perak/Air-Terjun-Tanjung-Batu-musnah

https://ipsas.upm.edu.my/article/hentikan_pencerobohan_pelihara_khazanah_hutan_kita-57240

https://www.ketsa.gov.my/parlimen/Lists/papar-Jawapan-Parlimen.aspx?ID= 2114

0
0
2
0
1
You will be interested