Alam & Sains 30 Mar, 2020

GUNA INTERNET SAMPAI LUNYAI MULAI 1 APRIL!!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

TIADA sebab untuk keluar rumah! Ada banyak sebab untuk duduk di rumah! Mulai 1 April 2020, anda boleh melayari main online game, tonton video, tengok YouTube dan banyak lagi secara percuma setiap hari pada kadar 1GB sehari. Betul, 1GB percuma setiap hari untuk melayari Internet!! - KitaReporters


Pengendali telekomunikasi menawarkan sokongan RM1 billion untuk menyokong hubungan dan ketersediaan pelanggan antaranya menawarkan Internet percuma kepada semua melibatkan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Ikut pengumuman kedua, PKP akan berakhir pada 14 April 2020.

Sebagaimana pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat pada Jumaat, 27 Mac 2020, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.


Sehubungan itu, semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile akan menerima Internet percuma berkelajuan tinggi sebanyak 1GB setiap hari, untuk digunakan antara pukul 8 pagi dan 6 petang sepanjang tempoh PKP bermula 1 April 2020.

Pelanggan akan dapat menikmati kelebihan ini melalui penebusan dari pengendali masing-masing.

Sementara itu, TM dan TIME Dotcom Berhad  turut menyokong pengendali mudah alih dengan menyediakan kapasiti fiber tambahan untuk memenuhi permintaan penggunaan yang lebih tinggi.

Dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh enam syarikat pengendali telekomunikasi berkenaan, pelanggan boleh berhubung dengan telco masing-masing untuk maklumat lanjut.

Kenyataan itu turut menyebut, industri telekomunikasi dan multimedia ini juga sedang berusaha untuk mengurangkan beban segmen B40 dalam tempoh ini dan akan mengumumkan pelan untuk tujuan itu pada masa terdekat, berikutan perbincangan dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menubuhkan mekanisme terbaik bagi menyokong segmen ini.

Selain tawaran Internet percuma, semua pengendali mempunyai panggilan tanpa caj kepada nombor hotline dan kecemasan yang penting, termasuk Pusat Tanggungjawab Krisis Kesediaan Kementerian Kesihatan (KKM), cawangan negeri KKM, hospital yang digazet untuk pemeriksaan COVID-19 dan penahanan, talian hotline PKP, dan laman web rasmi KKM. 

Menurut kenyataan itu lagi, untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat penting mengenai COVID-19, semua pengendali bekerja dengan pihak berkuasa untuk menyebarkan pengumuman kesihatan, kecemasan, dan pengumuman awam melalui siaran SMS setiap hari kepada pelanggan. 

Analisis dan sokongan teknologi juga telah diperluaskan kepada kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19.

Gambar hiasan. - Foto Kredit Deenamik.

Untuk menyokong operasi harian seperti pembaikan tapak pemancar serta aktiviti tambahan, sejumlah lebih 12,000 petugas barisan hadapan dan kakitangan operasi bekerja 24 jam, seperti ejen pusat panggilan, ejen media sosial, rangkaian dan operasi IT, dan semua rakan kongsi ekosistem dan vendor yang berkaitan. 

“Kami ingin mengingatkan pelanggan bahawa kedai-kedai kekal ditutup semasa tempoh PKP ini. 

"Industri ini terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menilai pilihan terbaik di sekeliling pembukaan titik jualan yang terhad ini untuk membolehkan kami terus memenuhi keperluan pelanggan dan isu-isu yang mereka hadapi,” tambah kenyataan bersama oleh enam pengendali telco tempatan berkenaan.

Pelaburan tambahan sebanyak RM400 juta bertujuan menampung peningkatan permintaan yang meningkat, waima memastikan kesambungan yang tidak terganggu khususnya untuk liputan rangkaian dan keupayaan bagi tapak kritikal, antaranya seperti hospital, agensi kerajaan dan penguatkuasaan termasuk pusat media di seluruh negara, 

Di samping itu, aktiviti pengurusan penggunaan dan penataran semula juga dijalankan untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna, mengutamakan aplikasi dan perkhidmatan penting dan memastikan produktiviti untuk komuniti perniagaan dengan membolehkan kerja dari rumah terlaksana. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested