Alam & Sains 10 Jun, 2022

Tanam 500 pokok bakau di Sungai Acheh! Inisiatif belia prihatin! Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia!

@adzin naim mohammad
Penulis merupakan pelajar lepasan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Komunikasi Penyiaran. Berpengalaman dalam bidang kewartawanan, pengacaraan, penulisan skrip dan fotografi. Penulis juga merupakan seorang tutor yang mengajar dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu.

Share this


SELARAS dengan aspirasi dan usaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), program penanaman pokok bakau dan spesies yang sesuai akan diteruskan di pesisiran pantai negara meliputi aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau serta peningkatan kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman berkata ia bagi memperkasakan kesedaran dalam melestarikan alam sekitar terutama melibatkan generasi muda dan belia.

Tambahnya, generasi muda kini merupakan pelapis yang akan terus menjaga alam sekitar pada masa hadapan.

Sementara itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab Belia Prihatin dan para belia daripada seluruh negara yang hadir untuk menjayakan program penanaman 500 batang pokok bakau di kawasan Sungai Acheh, di NibungTebal, Pulau Pinang pada 4 Jun 2022 lalu


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hutan pokok bakal


Tahukah anda tentang hutan paya bakau? 
“Inisiatif murni seperti ini adalah selaras dengan aspirasi KASA, saya menyeru agar golongan belia terus memainkan peranan penting untuk memastikan kemapanan dan kelestarian alam terjaga untuk masa depan generasi seterusnya,” katanya.

Pelaksanaan Inisiatif Belia Prihatin Alam Sekitar: Penanaman 500 Pokok Bakau ini bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022, anjuran Perbadanan Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) bersama Kelab Belia Prihatin Malaysia di Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut Sungai Acheh mendapat penyertaan kira-kira 235 orang sukarelawan yang terdiri daripada belia seluruh negara.

Program bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut setiap 5 Jun itu turut melibatkan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) serta penduduk dan komuniti nelayan tempatan dalam usaha penanaman pokok bakau.

Mansor turut berkata program itu juga bertepatan dengan tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 - Bumi Hanya Satu, sekali gus menjadi langkah penting dalam menyebarkan kepentingan, manfaat dan keunikan ekosistem paya bakau Malaysia yang berfungsi sebagai benteng semula jadi hakisan pantai serta bertindak sebagai antara agen penyerap karbon yang paling cekap.


Ratusan pokok bakau mati di Pantai Cermin

Tambahnya, penglibatan terus masyarakat terutama golongan belia dalam inisiatif seperti ini dapat meningkatkan impak dan kesan kempen kesedaran mengenai perubahan iklim serta pemanasan bumi.

Jelasnya, kini terdapat sebanyak 180,000 batang pokok bakau ditanam di kawasan Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut Sungai Acheh berkenaan dan usaha tersebut dijalankan oleh pelbagai pihak bersama  komuniti nelayan di situ sejak 20 tahun lepas.

“Saya kagum dengan kesungguhan dan usaha pelbagai pihak terlibat dengan aktiviti penanaman bakau bersama komuniti nelayan di sini sejak 20 tahun lalu dan kini sudah mencecah lebih 180,000 batang pokok ditanam. Ini pastinya satu kembara yang panjang dan yang paling penting ianya bermula hanya dengan batang pokok yang pertama.

“Sebenarnya penanaman pokok bakau bukan sahaja boleh mencegah hakisan pantai malah dapat memulihara habitat asal supaya anak ikan, udang dan ketam dapat membiak, ini meningkatkan stok sumber perikanan setempat serta ekonomi penduduk setempat,” katanya. - KitaReporters



Lebih info mengenai pokok paya bakau !! 
9
9
0
6
0
You will be interested