TERLALU fokus kepada kerjaya selama 23 tahun sebagai kru kabin membuatkan dirinya lupa untuk memikirkan kehidupan berkeluarga, namun melihat anak-anak kepada sahabat membuatkan Kelly Clarke yang kini berusia 51 tahun teringin untuk memiliki zuriat sendiri.
Namun memikirkan usianya semakin lanjut, wanita dari Crawley, West Sussex, itu nekad untuk memiliki anak dengan apa jua keadaan.
Malah, dia pernah menyertai program menjadi jodoh ketika usianya 46, namun sangat menghampakan apabila ramai lelaki menolak untuk bercinta dengannya berikutan enggan menerima cahaya mata pada usia senja.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kelahiran IVF
Namun wanita cekal itu tidak berputus asa, dia kemudian menggunakan tarikh hari ulang tahun kelahiran ke-49, untuk menjalani rawatan IVF di Athens, Greece walaupun di hati kecil wujud kebimbangan dengan ikhtiar yang dilakukan.
Tetapi siapa sangka, usaha yang dilakukan membuahkan hasil apabila disahkan mengandung menggunakan sperma yang didermakan seorang pelajar seni reka berusia 26 tahun .
Biarpun keinginan yang dihajati untuk bergelar ibu bakal menjadi realiti, tetapi Clarke tiba-tiba menjadi takut. Malah, wanita itu tidak berkongsi berita gembira berkenaan dengan keluarga dan rakan-rakan.
Terdahulu, kesemua orang dekatnya enggan merestui keinginannya dan menganggap dirinya menyusahkan diri sendiri kerana mahu memiliki anak pada usia yang agak lewat.
Biarpun melalui proses mengandung secara bersendirian namun dia tetap teruja kerana keinginannya untuk menjadi ibu bakal menjadi realiti.
Clarke akhirnya memilih untuk bersalin secara pembedahan di Princess Royal Hospital, Haywards Heath, West Sussex pada 31 Mac 2021 lalu .
Malah selepas dua jam kelahiran, dia berjaya memberikan susu kepada anak perempuannya, yang dinamakan Lyla Rae Clarke dan menganggap perjalanan yang dialui itu adalah sesuatu yang paling indah dalam kehidupannya.
Lebih membahagiakan ibu bapanya juga datang menziarahinya di hosital dan menerima kehadiran cucu baharunya itu.
Kini anak perempuannya sudah berusia setahun, dan Clarke teruja dengan kehidupan baharu yang dilalui. Malah berharap usianya dipanjangkan suapaya dapat melihat anak membesar di depan mata.
Tahniah Kelly Clarke! Semoga Lyla menjadi anak yang sihat dan cergas. - KitaReporters