Alam & Sains 05 Aug, 2021

Buah durian dalam durian! Aneh, mengejutkan! Ditemukan warga emas! Semua itu kuasa Allah jua!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

BUAH durian dalam durian yang dijumpai oleh Baharuddin pada 2 Ogos 2021. - Kredit Foto : Tribunnews.com


BUAH durian dalam durian, itulah ungkapan yang agak aneh selain mengejutkan bagi seorang warga emas, Baharuddin Ishak, 70, dari Desa Puding Besar, Kacamatan Puding Besar, Kabupaten Bangka di Belitung, Indonesia pada Isnin 2 Ogos 2021 lalu.  

Awalnya, Baharuddin tidak menduga menemui apa-apa yang ganjil di dalam buah durian yang baharu dicekah (dibuka) itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan durian

BUAH durian yang ganjil yang mempunyai duri serta tangkainya diketemu dalam buah durian. - Kredit Foto : Tribunnews.com 


Namun selepas dicekah, tidak terdapat isinya (ulas), sebaliknya di dalam buah durian itu terdapat pula buah durian lain lagi yang berbentuk saiz kecil, berduri dan bertangkai

Kejadian yang agak  ganjil itu terjadi, ketika Baharuddin sedang mencekah buah durian itu untuk dimakan isinya pada malam tersebut sebanyak tiga biji.

Namun alangkah terkejut warga emas itu, sebaik sahaja buah durian yang ketiga itu dicekah tidak terdapat isinya tetapi yang dilihatnya masih ada lagi buah durian yang kecil dan normal di dalam buah durian tersebut.



Ketika itu, Baharuddin sedang memakan  buah durian bersama seorang rakannya di rumahnya dan dua biji durian yang dibelah sebelum itu terdapat isinya seperti biasa kecuali sebiji lagi durian  yang ditemui agak aneh. 

Menurut laporan BangkaPos.com pada 3 Ogos 2021 berkata, penemuan buah durian di dalam durian itu adalah dianggap ganjil baginya dan buah durian itu dibeli dari  kebun jirannya di desa itu.

Beliau berkata,  raja buah itu dianggap aneh kerana sebelum ini dia tidak pernah menemui buah seumpama itu atau tidak pernah mendengar lagi buah durian seperti itu dijumpai orang lain.


Kredit Foto : Tribunnews.com


Menurutnya, biasanya apabila mencekah buah durian pasti akan mendapatkan isinya tetapi buah itu memang ganjil kerana isinya tiada kecuali buah durian kecil yang ada di dalamnya.

``Saya tidak menganggap penemuan buah durian ganjil itu sebagai satu petanda apa-apa terhadap diri saya tetapi itu semua adalah kuasa Allah belaka dan kuasa Allah di luar jangkaan kita yang tidak mampu dalam pemikiran  dan akal kita.

"Buah durian yang diagak ganjil  itu kerana buah itu macam biasa bagaikan durian asli tetapi saiznya berbentuk kecil mempunyai duri tajam juga bertangkai seperti buah durian asalnya dan saya akan menyimpan buah durian ini yang dianggap aneh dijumpa oleh saya,’’ kata Baharuddin. - KitaReporters


BAHARUDDIN (kiri) yang menemui buah durian ganjil itu ketika sedang makan dengan seorang rakan di rumahnya di Desa Puding Besar, Bangka, Belitung pada 2 Ogos 2021. - Kredit foto : Tribunnews.com  

3
4
0
1
1
You will be interested