Alam & Sains 02 Jun, 2023

Video| Menarik! Selendang & Scrunchie daripada botol plastik! Usaha sama Spritzer dan TudungPeople!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



Spritzer bekerjasama dengan TudungPeople, pereka tudung yang selesa dan cantik, untuk menghasilkan selendang edisi terhad yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian Syarikat. 

TudungPeople, yang mempunyai lebih daripada 100 reka bentuk dan cetakan, akan menggunakan lapan (8) botol plastik dikitar semula bagi satu selendang dengan inspirasi reka bentuk daripada botol ikon Spritzer. 

Koleksi Edisi Terhad Hutan Hujan ini sudah tersedia mulai 24 Mei 2023. 




Selendang dan scrunchie (pengikat rambut) edisi terhad tersebut menggambarkan imej indah flora hutan hujan dengan warna biru firus (turquoise) sebagai latar belakangnya. 

Motif bunga orkid, paku-pakis dan monstera menghiasi selendang dan scrunchie sementara fabrik, dengan keseimbangan berat, menyokong bentuk selendang dan menepati wajah pemakainya. 

Setiap selendang datang dengan rekaan beg saku boleh diguna semula yang sepadan, bagi menyimpan selendang unik anda!

Spritzer sedang berusaha menuju masa depan yang berlestari, dengan inisiatif dan perkongsian untuk menggalakkan dan menyerlahkan kelestarian dan amalan lestari. 

Syarikat ini yang terkenal dengan air mineralnya yang kaya dengan silika, juga mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan bagaimana persekitaran yang bersih adalah penting kepada sumber air.

Inisiatif ini menggalakkan orang ramai membayangkan apa lagi botol plastik boleh digunakan.

Selendang buatan TudungPeople x Spritzer yang cantik ini dijual pada harga RM179, scrunchie comel pada harga RM25 atau set pada harga RM184. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
10
0
13
0
You will be interested