ORANG ramai hairan dan berasa pelik apabila secara tiba-tiba seorang lelaki dipercayai anggota polis trafik bertindak menahan semua jenis kenderaan dari kedua-dua arah daripada meneruskan perjalanan mereka di sebuah jalan raya Maharashtra, India.
Apa yang terjadi? Kebiasaanya mungkin berlaku sesuatu perkara yang buruk seperti kemalangan jalan raya, runtuhan bongkah batu, pokok tumbang, jalan raya mendap dan sebagainya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harimau atau Pak Belang
Ini lain pula ceritanya apabila seekor harimau atau ‘Pak Belang’ tiba-tiba muncul keluar dari hutan belukar berdekatan jalan raya tersebut.
Peliknya, macam mana boleh seorang anggota polis dapat mengesan kehadiran haiwan liar itu sedang berada di kawasan tepi jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu-lalang sepanjang masa.
Kecoh apabila sebuah video tular selepas disebarkan menerusi aplikasi Twitter memaparkan seekor harimau perlahan-lahan keluar dari semak hutan belukar dan terus berjalan di atas jalan raya dan menyeberangi ke laluan hutan yang berada di sebelahan jalan raya tersebut.
LELAKI dipercayai seorang anggota polis cuba menghalang pergerakan kenderaan dari kedua-dua arah bagi memberi laluan 'Sang Belang' melintas jalan raya di Maharashtra, India. - Kredit foto: Parveen Kaswan.
Menerusi sebuah portal berita Indian Express bertarikh 23 Julai 2022, laporan itu menulis bahawa klip tersebut dirakam oleh pemilik akaun Twitter Parveen Kaswan, dan dikongsi oleh warga maya.
Insiden gempar tersebut berlaku dipercayai di Lebuh Raya Nasional 353D antara Brahmapuri dan Nagbhir di Maharashtra.
Namun, orang ramai yang berada di lokasi kejadian masing-masing terus mengambil peluang untuk merakam foto dan video mengenai peristiwa itu.
Pada Februari 2022, peristiwa yang sama pernah berlaku apabila seekor harimau dewasa berjalan di Lebuh Raya Nasional Tamil Nadu, India. - KitaReporters
GERUN.. bukan lagi kelibat tetapi benar-benar seekor harimau muncul di atas jalan raya yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Foto video ini sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan raya pada Februari 2022 di Lebuhraya Nasional Tamil Nadu, India. - Kredit foto: Twitter @rajograph.
Sumber:
https://indianexpress.com/article/trending/trending-in-india/tiger-crosses-road-maharashtra-green-corridor-8046767/
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2022/02/05/kecoh-pak-belang-lintas-jalan-bukan-berlaku-di-pulau-pinang
https://twitter.com/i/status/1550520656604774401