ANGGOTA penyelamat terus sibuk bertaruh nyawa dalam operasi menyelamat pada tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.
Namun terdapat "unsung hero" (hero tak didendang) yang sangat penat membantu pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih hilang akibat tanah runtuh yang berlaku.
Pasukan Unit Anjing Pengesan Anjing (K9) bertungkus lumus mencari dari hari pertama hingga ke hari ini dan dilihat sangat kepenatan.
Tular dalam TikTok video mempaparkan anjing-anjing unit pengesan K9 sedang berehat buat sementara waktu kerana kepenatan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anjing-anjing
Selepas melakukan operasi selama dua hari berturut-turut, Blake antara yang ‘kecundang’ dan perlu direhatkan.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata anjing itu ‘kecundang’ selepas dua hari berturut-turut bertungkus lumus mencari mangsa.
“Selepas dua hari bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan, anjing pengesan itu kemungkinan perlukan rehat tetapi bukan cedera.”
Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sayu dan sebak apabila melihat keadaan anjing K9 yang sangat kepenatan sehingga tertidur.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga berasa bangga akan pengorbanan dan kerja yang dilakukan oleh anjing K9 yang banyak berjasa.
Haiwan dan manusia saling kebergantungan antara satu sama lain. - KitaReporters