MAJLIS Bandaraya Ipoh (MBI) akan memberi moratorium atau penangguhan selama tiga bulan terhadap beberapa pembayaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, MBI
akan memberi moratorium ke atas bayaran cukai taksiran penggal pertama, bayaran
lewat sewaan rumah pangsa, pembaharuan lesen premis/iklan/komposit perniagaan
dan lencana anjing.
Inisiatif yang dilaksanakan itu akan berkuat kuasa
sehingga 31 Ogos 2021 ini dan tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dan denda lewat
dikenakan sepanjang tempoh berkenaan.
"Moratorium ini bukan bertujuan pengecualian
daripada bayaran tetapi lebih kepada memahami keperluan rakyat untuk berada di
rumah dan terhad terhadap urusan di kaunter MBI secara fizikal untuk sementara.
"Bagaimanapun, MBI masih membuka saluran pembayaran secara dalam talian melalui laman sesawangnya bagi mengelak sebarang tunggakan yang besar yang perlu dibayar oleh penyewa atau pembayar cukai," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh pada Selasa, 15 Jun 2021.
Pelaksanaan penangguhan ini sekali gus dapat membantu penduduk bandar raya itu termasuk peniaga kecil yang terkesan selain merancakkan aktiviti perniagaan semasa di dalam tempoh PKP ketika ini. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter