Alam & Sains 30 May, 2021

Berita Terkini| Pasangan PJJ perlu berkorban! Tak boleh rentas! Hanya untuk 2 minggu pertama!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KERAJAAN membuat keputusan untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri melibatkan pasangan jarak jauh (PJJ) dalam tempoh 'lockdown' fasa pertama bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasangan PJJ perlu berkorban untuk dua minggu ini.

“Apa yang perlu hari ini semua rakyat perlu berkorban, ada yang terpaksa menutup perniagaan sementara waktu, ada yang terpaksa menutup kilang mereka sementara waktu untuk dua minggu ini.

“Jadi untuk PJJ perlu berkorban untuk dua minggu ini. Kita telah membuat keputusan iaitu untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri oleh pasangan PJJ,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad, 30 Mei 2021.

Dalam pada itu beliau menegaskan orang awam hanya dibenarkan keluar rumah bagi tujuan pembelian makanan dan ubat-ubatan sepanjang sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Selasa hingga 14 Jun 2021 ini.

Ismail Sabri berkata hanya dua orang dibenar keluar mendapatkan barangan keperluan asasi, termasuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

"Pergerakan tidak melebihi 10 kilometer (km) dan sektor ekonomi yang dibenarkan berkhidmat hanya boleh beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. - KitaReporters


 

0
0
1
0
1
You will be interested