Pelbagai usaha dilakukan pemerintah setiap negara di dunia dalam menangani dan menghadapi isu pandemik, Koronavirus-2019 (Covid-19) yang masih lagi mengganas. Dalam pada itu, pemerintah bukan sahaja perlu menyediakan pusat rawatan malah mendidik pemikiran dan tindakan rakyat yang masih bebal dengan musuh tidak kelihatan ini. : KitaReporters
Sepanduk besar digunakan untuk mendidik rakyat tentang bahaya Covid-19. - Kredit foto: Inkstonenews.com
Berbeza dengan negara-negara lain, Kerajaan China masih lagi tegar melakukan langkah-langkah drastik dalam menangangi wabak Covid-19 melalui pelbagai cara, termasuk menggunakan amaran melalui sepanduk besar dan kain rentang.
Kebijaksanaan pemerintah provinsi setempat di negara China itu mungkin boleh ditiru dan diterapkan di Malaysia selama wabak Covid-19 berleluasa.
Ia boleh dijadikan inspirasi dalam usaha menangani penyakit ini seiring perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Kreatif....lebih padu!!
Kerajaan China berusaha dalam pelbagai cara memberi peringatan kepada rakyatnya betapa mereka perlu takut kepada musuh yang tidak kelihatan ini.
Selain melakukan kawalan pergerakan yang begitu ketat, rata-rata kawasan, lorong, tempat awam diletakkan sepanduk besar dan berwarna merah seolah-olah amaran memperingatkan tentang nasib kedegilan rakyat jika mengambil mudah tentang wabak ini.
Antara ayat tertera di sepanduk setelah diterjemahkan berbunyi:
“Hari ini menjenguk rumah orang, esok hari Covid-19 menjenguk kamu.”
Selain itu, terdapat juga kain rentang yang menyatakan seperti:
“Hari ini bersiar di luar, tahun depan kubur berumput lumut."
“Pakai mask atau pakai mesin ICU, korang pilih la mana satu."
Antara sepanduk-sepanduk kreatif dan padu yang mampu memberi kesan ke atas tahap kesedaran rakyat. - Kredit foto: PHM
Menariknya... walaupun berbunyi kasar sekali gus membuatkan sesiapa membacanya tersentap, kata-kata itu boleh memberikan kesan mendalam untuk rakyat bersama-sama memainkan peranan mengelakkan mereka menjadi mangsa seterusnya.
Sementara itu, menurut sumber tempatan, dengan pelbagai inisiatif jitu Kerajaan China semakin memperoleh hasil yang baik dalam pengawalan dan mengurangkan pertambahan kes baharu Covid-19.
Setakat ini, ia boleh dianggap satu kejayaan. - KitaReporters
Tags: