Alam & Sains 24 Sep, 2020

Kondo moden, hijau tak terurus! Tukar jadi hutan belantara!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

LAZIMNYA selepas seharian penat bekerja, rumah dijadikan tempat berehat dan sinonim dengan syurgaku… melangkah sahaja ke kediaman pasti memberi ketenangan dan kedamaian. Tapi apa perasaan kita jika rumah yang dianggap syurga itu tidak ubah seperti hutan belantara dipenuhi dengan tumbuhan yang berkemungkinan boleh membahayakan penghuni. : KItaReporters

PEMANDANGAN jauh menunjukkan kompleks Qiyi City Forest Garden kelihatan terbiar dan tidak berpenghuni. - Kredit foto: Odditycentral.com


Lagi cerita-cerita berkaitan China:

https://kitareporters.com/tag/rumah


Itu yang berlaku kepada penghuni di Qiyi City Forest Garden, Chengdu, China apabila kediaman moden mereka di tengah bandar raya berkonsep kehijauan itu bertukar menjadi mimpi ngeri kepada penghuni.

Memetik odditycentral.com, rumah yang sepatutnya selesa dan mendamaikan bertukar menjadi tempat nyamuk ‘berkampung’. Itu belum lagi juntaian ranting yang memenuhi balkoni menyebabkan risiko kepada kehadiran binatang bahaya.

Balkoni rumah dipenuhi pokok bukan sahaja mencacat pemandangan tapi membahayakan penghuni.


Takutla la pulak rasanya!!

Sayang seribu kali sayang, kompleks kediaman yang menawarkan 826 unit itu yang sepatutnya penuh kehijauan bertukar umpama menara terbiar. Setiap kediaman di kompleks berkenaan disediakan taman peribadi dengan pelbagai jenis tanaman di balkoni setiap unit.

RANTAIAN ranting yang tidak diurus dengan sempurna merosakan pemandangan selain mengganggu penghuni lain.


Namun sayangnya pokok-pokok yang menghijau berkenaan tidak diurus dengan sempurna menyebabkan pandangan menjadi serabut selain merosakkan pemandangan.

Sejak dilancarkan April 2020 lalu, kompleks Qiyi City Forest Garden berjaya mencatatkan jualan 100 peratus namun sayangnya, kini hanya 10 keluarga saja yang ‘berani’ berpindah masuk ke sana.

Apa tidaknya, kediaman moden itu tidak ubah seperti hutan belantara di tengah bandar raya yang dipenuhi pokok-pokok yang menutupi ruang balkoni di setiap rumah.

Sekali pandang umpama rumah terbiar dan tidak berpenghuni.

Walaupun sebelum ini, pihak pemaju berjanji untuk menyediakan penyelenggaraan sebanyak empat kali setahun bagi memastikan tanaman hijau itu sentiasa terjaga.

Namun hanya janji kosong ditabur dan akhirnya terbiar! Kini kawasan itu bertukar menjadi perkampungan nyamuk yang dipenuhi hutan belantara.

TERBIAR ...walaupun pemaju berjanji untuk menyediakan penyelenggaran sebanyak empat kali setahun untuk memastikan tanaman terurus dengan sempurna.


Alahai dah cantik-cantik direka tiada pemantauan pulak!

Malah pandangan dari kejauhan menunujukkan keseluruhan tanaman di kompleks kediaman berkenaan terbiar di balkoni dengan dahan tergantung di atas pagar seluruh menara, manakala sebilangan kecil unit didapati sudah berpenghuni.

Mungkin niat pemaju untuk menampilkan konsep kediaman lain daripada yang lain tapi lain pula yang terjadi menyebabkan rumah di tengah bandar itu umpama hutan belantara. : Kitareporters

1
5
0
0
0
You will be interested