Alam & Sains 14 Jul, 2023

Berita baik! Permohonan baharu Malaysia Digital Acceleration Grant 2023 dah dibuka! 14-28 Julai 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), telah membuka permohonan baharu untuk Malaysia Digital Acceleration Grant (MDAG) 2023, bermula hari ini, 14 Julai hingga 28 Julai 2023. 

MDAG bertujuan untuk memacu pertumbuhan syarikat digital dan teknologi berstatus Malaysia Digital (MD) pada peringkat pengkomersialan. 



Geran ini selaras dengan inisiatif strategik nasional MD yang memberi tumpuan untuk memacu pelaburan dan mewujudkan pekerjaan baharu bernilai tinggi bagi mencapai aspirasi ekonomi digital negara sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab digital ASEAN.  

MDAG 2023 akan menyediakan pembiayaan yang diperlukan oleh pemain industri untuk peningkatan operasi melalui penggunaan teknologi berterusan selain menyemai inovasi ekosistem digital negara dalam usaha menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat selaras dengan konsep Malaysia Madani. 

Geran yang berpandukan Strategi Pelaburan Malaysia Digital ini bakal mewujudkan lebih banyak syarikat teknologi pada peringkat serantau bagi tempoh tiga tahun yang akan datang. 

Inisiatif ini juga selaras dengan strategi dan rangka kerja MD untuk memangkinkan pertumbuhan sektor tumpuan menerusi platform teknologi yang telah dikenal pasti. 



Sejak diperkenal pada 2022, sebanyak 35 buah syarikat telah diluluskan sebagai penerima geran MDAG. 

Syarikat yang ingin memohon MDAG perlu memiliki status MD. Pemohon geran MDAG yang berjaya akan diumumkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh tutup permohonan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mdec.my/grants/mdag - KitaReporters/Kenyataan Media


12
13
0
10
0
You will be interested