Alam Canggih 05 Mar, 2020

[VIDEO] SALAMAN KAKI, LENGAN ELAK COVID-19

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
BAGI mengelak dijangkiti penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19, salah satu cara ialah menutup mulut dengan topeng dan mengelak sentuhan tangan apabila bertemu. Maka, kini diperkenalkan dan menjadi viral, salaman kaki dan salaman lengan. : KitaReporters

Salam kaki jadi budaya baru di Wuhan, China. - Kredit foto: The Sun.com

Ekoran risiko bersentuhan tangan,  sebahagian orang ramai mempunyai cara tersendiri untuk menyapa orang ramai yang ditemui.

Kini salam kaki menjadi budaya baru dalam kalangan penduduk di Wuhan, China. 

Sapaan diberi bukan dengan berpelukan atau bersalaman tangan, sebaiknya dengan bersalaman kaki yang berkasut.

Seorang pengguna Twitter bernama Zachary @ zachary31411891 menyiarkan tindakan sebahagian masyarakat di Wuhan melakukan salaman kaki.

Paparan video dalam laman twitternya telah diambil oleh sejumlah media asing untuk disiar secara meluas ke serata dunia.

Laman twitter @zachary3111891 turut menyiarkan seorang lelaki memakai topeng muka berlubang pada bahagian mulut bagi membolehkan dia menghisap rokok dan minum.



Sementara itu, saluran YourTube The Telegraph UK pula memaparkan bagaimana sikap tak bersalaman mula diterima ekoran penularan Covid-19 di Eropah, sekali gus mewujudkan bermacam-macam cara kreatif untuk bersalaman tanpa betul-betul bersalaman.

Malah, di Eropah sudah dikeluarkan polisi untuk tidak bersalaman dan bersentuhan termasuk mencium pipi ketika bertemu.

Bagi mengelak bersalaman tangan, ada yang olok-olok bersalaman, ada yang letak tangan pada dada sebagai tanda hormat, ada yang hanya hulur tangan tapi tak bersalaman, ada yang lakukan salaman lengan. - KitaReporters



0
0
0
1
1
You will be interested

Keluarga Malaysia: Terima kasih Mr DIY! Sokong Program Pemerkasaan Komputer MACO! Untuk sekolah!

Mr DIY (M) Berhad telah beri sokongan kepada Program Pemerkasaan Komputer (CEO) MACO dengan baik pulih 110 set komputer untuk makmal komputer di sekolah-sekolah

Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Tukun bukan sebarang tukun! Pulihara, biak ikan! Halang pukat tunda! Tingkat sosioekonomi nelayan!

Kajian yang telah dijalankan dapati lokasi tukun yang dilabuhkan di beberapa kawasan perairan Terengganu menunjukkan impak positif kepada sosioekonomi nelayan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 3 days ago

Video| Ular sawa 110kg keletihan! Kenyang selepas telan seekor kambing! Ditangkap anggota bomba!

Seekor ular sawa seberat 110kg berada dalam keletihan selepas dipercayai kekenyangan setelah telan seekor kambing di Kampung Durian Mentangau, Paka di Dungun
Adnan Mohamad in Alam Canggih 6 days ago

Video| 25 Jun: Hari Pelaut Sedunia 2022! Kerjaya sebagai pelaut dianggap sepi dan tidak dihargai?

Setiap tahun tanggal 25 Jun, golongan pelaut atau seafarer diraikan dengan sambutan Hari Pelaut Sedunia. IMO tetapkan pada 25 Jun 2011 sebagai sambutan pertama
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 week ago

Nak jumpa Mek Suria? Kerangka ikan yu paus? Jom ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan Terengganu!

Gajah bernama Mek Suria, kerangka ikan yu paus sepanjang 18m jadi daya tarikan pengunjung sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 week ago