Alam & Sains 08 Sep, 2022

Usaha mendalamkan Sungai Iboi digiatkan! Bagi elak berlaku lagi banjir melimpah! Ikrar JPS Kedah!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this

Jambatan Baily yang merentasi Sungai Iboi di Kampung Iboi, Kupang di Kedah. 


USAHA-USAHA untuk mendalamkan Sungai Iboi di Kampung Iboi, Kupang bagi mengelak berlaku banjir melimpah ke kawasan kediaman penduduk terutama di tepi sungai dan sekitarnya kini giat dilakukan oleh pihak Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) negeri Kedah.

Pengarahnya Ir Nasser Salim, 58, berkata, usaha gigih mengorek pasir di Sungai Iboi untuk dinaikkan ke tebing kini sedang dilakukan dengan mengunakan dua buah jentera untuk mengaut pasir terutama di kawasan berdekatan jambatan sementara yang merentasi Sungai Iboi.

Katanya lagi, jika perlu jentera pengorek pasir untuk mendalamkan Sungai Iboi akan ditambah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kampung Iboi, Kupang

Ir Nasser Salim


Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan KitaReporters ketika beliau meninjau kerja-kerja mengorek pasir bagi mendalamkan sungai di Kampong Iboi untok dipindahkan ke darat.

Tegas beliau, Sungai Iboi perlu didalamkan dengan mengaut pasir yang dihanyutkan ke kawasan itu bagi memudahkan aliran air sungai serta mengelakkan berlaku lagi banjir apabila berlaku hujan lebat.

Beliau turut berpuas hati selepas melihat dari dekat kerja-kerja yang sedang dilakukan dengan mengunakan jengkaut bagi mengaut pasir ke tebing sungai bertujuan memudahkan laluan air bila berlaku hujan lebat.



Sementara itu beliau juga menegaskan pihaknya sentiasa berbincang soal mendalamkan Sungai Iboi bersandar kepada peruntukan yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan.

Tegasnya, pemantauan akan berterusan terhadap kerja-kerja mendalamkan Sungai Iboi dilakukan bagi memastikan penduduk yang menjadi mangsa-mangsa banjir kepala air sebelum ini dapat kembali hidup dengan selesa.

Dalam kejadian banjir kali ketiga pada 6 September 2022, jambatan sementara atau jambatan Bailey yang dibina untuk kemudahan penduduk rosak dan bergerak 3 meter dari tapak asal.

Kini kerja kerja baik pulih sedang dilakukan. - KitaReporters


Jambatan sementara yang merentasi Sungai Iboi di Kamung Iboi, Kupang yang rosak akibat banjir kali ketiga sedang dibaiki.

7
11
0
11
0
You will be interested