Alam & Sains 29 Jan, 2020

GATES SUMBANG RM40.1J KAWAL PENYAKIT NCOV

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PENGASAS Microsoft dan orang kedua terkaya di dunia, Bill Gates menyumbang AS$10 juta (kira-kira RM40.1 juta ) untuk mengurangkan koronavirus merebak. Dia beranggapan pengendalian kes koronavirus harus dilakukan secara teliti dan sistematik iaitu sama seperti melakukan persiapan perang. : KitaReporters.com

Bill Gates prihatin atas merebaknya virus yang menjejaskan penduduk dunia dan memberi sumbangan untuk mengatasinya. - Kredit Foto Getty Images 

"Persiapan secukupnya perlu dilakukan dalam pelbagai bidang. 

"Ia meliputi dalam soal penyedia kelengkapan rawatan yang perlu dilakukan segera, tenaga perubatan mencukupi, peralatan yang mencukupi, kuarantin dan komunikasi agar tidak menyebabkan keadaan panik dunia,” kata Bill Gates dalam siaran CNBC pada Selasa, 28 Januari 2020.

Bill Gates pernah menyatakan bahawa dunia perlu sentiasa bersedia menghadapi wabak. 

Dia berkata demikian ketika berucap dalam majlis yang dihos oleh  Massachusetts Medical Society and the New England Journal of Medicine (NEJM) pada 27 April 2018.

Dalam majlis itu, Gates berkata, “dunia perlu sentiasa bersedia menghadapi wabak seperti bersedia menghadapi peperangan.”

Ketika itu wabak H1N1 sedang melanda dunia.

Sementara itu, melalui yayasan yang dibentuknya, Bill Gates menyumbang AS$10 juta (kira-kira RM40.1 juta) untuk dana darurat dan juga sebagai bentuk sokongan teknik kepada barisan depan di China dan Afrika bagi mempercepatkan langkah mengatasi merebaknya virus itu.

"Kami sangat prihatin dengan perkembangan wabak ini dan menyatakan dengan rasa hormat kami yang tinggi kepada mereka yang berjuang di barisan depan," kata Pengarah Gates Foundation China, Yinuo Li. - KitaReporters.com

3
0
0
0
1
You will be interested